Home Uncategorized Asyik Stress Phone ‘Hang’ Dan Tak Laju? Rupanya Ada Cara Nak Buat...

Asyik Stress Phone ‘Hang’ Dan Tak Laju? Rupanya Ada Cara Nak Buat Phone Kita Laju Macam Baru Beli

419
0

Korang mesti selalu stress kan henfon selalu ‘hang’ dan lembab. Dah lah masa tu ada urusan penting nak kena buat, masa tu juga lah fon ‘hang’ takleh buat bincang. Antara punca telefon kita jadi ‘hang’ dan berat adalah disebabkan ‘memory cache’ atau dalam bahasa mudah faham, memori tidak perlu yang terlalu banyak dalam phone kita. Jadi di sini, saya nak share tips untuk bagi phone kita lebih lancar dan ‘smooth’ supaya handphone kita jadi laju & tak ‘hang’ lagi dengan membuang memory phone yang tak perlu (memory cache).

Berikut merupakan tatacara untuk delete cache file dalam telefon bimbit anda..

  1. Mula-mula, pergi ke bahagian Setting phone anda

a

  1. Cari ‘Apps’ dan klik di situ. Nanti akan keluar semua Apps yang ada dalam phone kita

b1

  1. Klik butang bahagian tepi tiga garisan.

3a

  1. Selepas itu akan keluar senarai ini. Pilih sort by size. Nanti akan keluar saiz mana paling besar akan ada atas sekali.

d

  1. Kemudian anda boleh pilih mana-mana Apps yang nak kita clear, contohnya Facebook.

e

  1. Bila keluar senarai ini dan klik Storage.

f

  1. Nanti akan terpapar file cache yang memakan banyak memory. Macam di Facebook ini ada 520MB file yang tak perlu. Tekan clear cache di bahagian bawah.

g

  1. Selepas tekan, cache akan jadi 0. Ulang semula langkah ini pada apps lain untuk clear kan file tak perlu supaya handphone kita jadi lebih laju.

h

Harapnya tatacara ini dapat sedikit sebanyak membantu . Moga phone korang lebih lancar dan tak hang lagi. Selamat beramal!

Previous article“Nak Tengok Bunga Api Je, Bukan Buat Apa-apa Pun..” – Pasangan Ditangkap Khalwat Di Malam Tahun Baru
Next article“Ingat saya nak hidung macam ni ke, hidung saya dah cantik dah dulu…” – Zarina Zainuddin marah difitnah buat hidung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here