Home Isu Semasa “Dah Keluar Gua, Nak Play Victim Pulak..” – Puteri Sarah ‘Perli’ Kenyataan...

“Dah Keluar Gua, Nak Play Victim Pulak..” – Puteri Sarah ‘Perli’ Kenyataan Syamsul Yusof

276
0

Sejak dua menjak ini, panas isu Syamsul Yusof sudah berkahwin dua di laman sosial. Banyak desas desus mengatakan dia berkahwin dengan anak kepada pelakon terkenal, Kazar iaitu Ira Kazar. Ia makin hangat dek kerana isterinya, Puteri Sarah acap kali mengeluarkan statement baharu mengenai isu tersebut. Selepas lama mendiamkan diri, pengarah tersohor, Syamsul Yusof akhirnya tampil bersuara berkenaan kemelut rumah tangganya bersama Puteri Sarah Liyana yang setiap hari mencetuskan kontroversi baru.

Syamsul memaklumkan akan segera menerangkan segala tanda tanya ramai terutamanya berkenaan isu kahwin dua yang tular beberapa bulan kebelakangan ini.

“Sudah tiba masanya saya bersuara tentang hal ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih. Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan menjawab dan meleraikan satu persatu kepada umum.
“Berikan saya masa sedikit untuk selesaikan semuanya. Dalam masa terdekat Insya-Allah saya akan berikan titik noktah kepada semua permasalahan ini,” ujarnya

Namun begitu, menerusi Insta Story isterinya yang juga pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia seakan memerli semula Syamsul yang dikatakan cuba ‘play victim’ dengan konflik yang dilalui mereka ketika ini.

“Dah keluar gua tapi play victim pulak. Takpelah janji settle. Stay classy they said,” – Puteri Sarah.

puteri

Moga dipermudahkan segala urusan antara pasangan sama cantik sama padan ini. Adalah lebih baik jika ia dapat diselesaikan dengan pantas dan tertutup dalam kalangan keluarga. InsyaAllah peminat sentiasa mendoakan kebahagian kalian berdua.

Previous article“Ini hal dalam kain…” – Syamsul Yusof akhirnya bakal bongkarkan kisah sebenar isu rumah tangganya
Next article“Nak Tengok Bunga Api Je, Bukan Buat Apa-apa Pun..” – Pasangan Ditangkap Khalwat Di Malam Tahun Baru

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here