Home Info Mengejutkan! Logo Malaysia Madani Disamakan Dengan Logo ‘Freemason’

Mengejutkan! Logo Malaysia Madani Disamakan Dengan Logo ‘Freemason’

827
0

Kecoh logo MADANI disamakan dengan ‘Freemason’, penjelasan lelaki ini buat ramai netizen setuju. Sambutan Hari Kebangsaan sebagai perayaan nasional yang mana logo dan tema ditetapkan menjadi lambang kebersamaan rakyat Malaysia.

Sebarang cadangan untuk menggunakan logo dan tema berbeza dilihat boleh mengganggu gugat perpaduan dalam membangunkan negara, seterusnya membantutkan usaha kerajaan memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin.

Usaha murni dilaksanakan kerajaan mendapat sokongan daripada semua lapisan masyarakat. Ini kerana masyarakat Malaysia yang akan menentukan perpaduan sebenar yang ingin dikecapi sepenuhnya.

Baca juga: 9 Kesan Buruk Pengambilan Ganja Yang Anda Tidak Tahu

Baca juga: Rupanya Ini Sebab Kucing Beri Bangkai Haiwan Kepada Tuannya

Walau bagaimanapun ada yang menyifatkan logo Hari Kebangsaan Malaysia seperti menyerupai Freemason tetapi ianya jauh sekali namun ia mirip Baddha’s Palm.

Menurut seorang pengguna Facebook Mujahidin Zulkifli, Buddha Palm itu ada dalam salah satu simbol agama dalam circle Universal Brotherhood yang berpaksikan freemason.

Dalam circle Universal Brotherhood pun ada logo bulan dan bintang (Islam), logo salib (Kristian), logo bintang David (Yahudi) dan logo-logo agama lain.

Dalam bendera Malaysia, bulan dan bintang melambangkan agama persekutuan iaitu Islam.

“Tetapi… kenapa kerajaan Madani guna simbol tapak tangan mirip Buddha’s Palm mengelilingi simbol bulan dan bintang? Takkan lah Islam dalam tangan Buddha kot?”

“Haaaaa.. itu yang PMX dan DAP kena jawab!”

“Jadi tak perlulah nak persoal kenapa PAS tak nak pakai logo tu,” kata beliau.
Dalam pada itu Aktivis Pakatan Harapan Mohamad Hishamuddin Ghazali mempersoalkan walaun cuba menjadikan isu Logo MADANI bahan serangan kononnya sama macam Jainism.

Beliau berkata lambang itu sebenarnya tidak sama sehinggakan perkara seperti ini boleh dipercayai walaun walhal secara terang-terang ada perbezaan ketara di tengah-tengah tapak tangan.

“Logo Madani terdapat logo BULAN SABIT dan BINTANG, logo ISLAM yang diguna pakai meluas untuk tempat ibadah, Kaligrafi, rekabentuk senibina Islam, lukisan, bangunan dan di masjid-masjid.”

“Walaun benda macam ni pun percaya, langsung tak buat due deligent. Macam manalah otak otak pengundi mrka ya?”soal beliau.

Jainisme, secara tradisi dikenali sebagai Dharma Jain (जैन धर्म), ialah sebuah agama dan falsafah yang berasal dari Asia Selatan prasejarah. Kini merupakan kaum minoriti di India moden, komuniti-komuniti Jainisme semakin bertumbuh di luar India, seperti Amerika Syarikat, Eropah Barat, Afrika, Timur Jauh, serta tempat-tempat yang lain, dan terus memeliharakan tradisi kezahidan atau Shraman (श्रमण) yang kuno.

Untuk pengetahuan umum maksud tersirat di sebalik tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 (HKHM 2023), iaitu ‘Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, yang mana ia menterjemahkan semangat perpaduan dan patriotisme tinggi serta membenihkan rasa cinta yang mendalam kepada negara.

Sambutan diadakan setiap tahun pada 31 Ogos, itu diraikan dengan penuh semangat patriotisme dan cinta kepada negara dengan mengenang jasa pejuang kemerdekaan terdahulu yang bersusah payah memastikan Malaysia terus bebas daripada penjajah.

Lihat klip video di bawah:

@basirmuhamad9669Adakalah kebetulan atau apa?♬ Oh No – Kreepa

Lihat apa kata orang ramai:

@Mr_Jibz: Kalau ada yg biasa terjumpa buku yang berjudul “Kerajaan Madani” yang ditulis oleh John Locke “Bapa Liberalism”…satu misteri knapa depa gna model ni

@@w@n: mana p habis puak walanon, hampa nak kata apa pasai logo nie..

@Secret Name: bnda dh rncang..kita jaa yg lalai..sbb tu presiden PKR lantang brsuara..ad tgn hitam yg bckup

@KopiSusu: kenapa ada alphabet dlm ni?? kita semua guna alphabet. adakah kita semua terjerumus dlm freemason? oh no!!! logik walaun

@Zanuar@nuar: Lengkap, perfect semua simbol ada dlm tu semua cuma dikaburkan dgn warna biru bendera malaysia, pandai dia

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Daebaking tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleRupanya Orang Kurang Upaya Boleh Bawa Kereta Sendiri? Memandu Hanya Guna Tangan
Next articleSetahun Sudah Berlalu. Ucapan Najib Razak Di Sebalik Tirai Besi Buat Ramai Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here