Home Isu Semasa Setahun Sudah Berlalu. Ucapan Najib Razak Di Sebalik Tirai Besi Buat Ramai...

Setahun Sudah Berlalu. Ucapan Najib Razak Di Sebalik Tirai Besi Buat Ramai Sebak

309
0

“365 hari telah berlalu pergi
Di sebalik tirai besi
Beralaskan dinginnya lantai simen

Tikar sejadah menjadi teman
Sujud
Mengerjakan solat lima waktu
Merayu belas kasihanNya meringankan ujian beban
Mendoakan ketenangan, kebebasan derita

Di subuh
Menanti sinar mentari pagi
Menembusi jendela tirai besi
Di waktu senja bertukar malam
Hening dan sunyi
Mengalunkan Al-Quran
Berzikir dengan hati

Keseorangan.
Walaupun tahu Allah sentiasa ada
Tidak akan pernah meninggalkan hambaNya..”

Hantaran berkenaan dibuat oleh admin facebook bekas perdana menteri yang ke-enam Datuk Seri Najib Razak. Posting berkenaan memberi bayangan sepanjang di penjara, kebanyakan masa dihabiskan oleh Najib dengan memberi tumpuan pada ibadah.

jibun

Di ruangan komen, rata-rata pengikut mendoakan semoga Najib terus tabah dan berharap agar dia dapat dikeluarkan daripada penjara. Mereka juga berkata segala benda yang berlaku ini pasti ada hikmahnya.

Ketika ini, Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil saksi ke-46, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 76.

Sementara, dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes.

Previous articleMengejutkan! Logo Malaysia Madani Disamakan Dengan Logo ‘Freemason’
Next articleSindir “Sahabat” Rakan Artis ‘Fake’ dan ‘Narcissistic’, sekali Ayat Sharifah Sakinah Curi Tumpuan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here