Home Kisah rakyat Mangsa-Mangsa Banjir Kecewa, Bekalan Makanan Smpai Lambat dan Basi

Mangsa-Mangsa Banjir Kecewa, Bekalan Makanan Smpai Lambat dan Basi

126
0

Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok drweekasiong, dan telah ditular baru-baru ini.

Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong merupakan Presiden parti Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Ahli Parlimen Ayer Hitam dari Barisan Nasional. Beliau merupakan bekas Menteri Pengangkutan dari 2018 hingga 2022. Beliau juga merupakan Pengurusi MCA Johor dan Ketua MCA Bahagian Johor Bahru.

Dalam video klip ini menunjukkan di mana beliau melawat mangsa-mangsa akibat banjir di Sekolah Kebangsaan Seri Bertam, Yong Peng. Beliau dan juga YB Ling Tian Soon menerima satu aduan daripada mangsa banjir yang berasa kecewa dengan bekalan makanan yang didapati mereka. Mangsa mengatakan bekalan makanan tengah hari sampai ke tempat tersebut jam 4 petang dan makan malam juga mereka mendapat sekitar jam 10 malam. Oleh itu, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengatakan beliau akan bawa ke pihak atasan dan usaha selagi boleh.

Beliau juga menulis kapsyen seperti dibawah:

“Ini lagi satu aduan yang saya dan YB Ling Tian Soon terima daripada mangsa banjir yang kecewa dengan bekalan makanan kepada mereka. Kejadian berlaku di PPS Sekolah Kebangsaan Seri Bertam, Yong Peng kira-kira jam 5.45 petang tadi” – Posting ini telah disiarkan pada 5 March 2023

Baca lagi: ‘Banjir Di Johor’- Seorang Lelaki Sanggup Gadaikan Nyawa Di Tengah Arus Deras Demi Bagi Orang Makan

Baca lagi: “Sedih Tengok Lembu Yg Hampir Lemas”-Ustaz Ebit Lew Bantu Lembu Yg Terperangkap Dlm Banjir

Lihat klip durasi pendek dibawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@Nor Masuari: lepas nie bagi tentera bawa dapur medan terus masak kat PPS baru tiada kelewatan dan juga mutu makanan gerenti selesai masalah

@abdoul: Bagus cadangan YB, gotong royong masak sendiri.. Mesti sedap & lazat

@itaahmad83: Dlm keadaan darurat, dpt makan pun dah kira syukur sgt

@Mohd Aris: Ini baru betul YB , turun bawah tanya sendiri dekat rakyat bukan tanya dekat pegawai je tapi cakap semua okey

@AzJuHaz: suruh je yb tu sediakan makanan pasti dpt mkn awl dan makanan yg sdp

@Syura Shuhadah: zaman dlu boleh je gotong royong… masak ramai2 is a good idea.. just yb bagi bekalan dapur je

@Suria Kasih: tergamak betul bg org makan nasi mentah..dah lah mereka semua..mangsa di aniaya pulak

@Ultra Unggu: Good YB & Good Idea untuk gotong royong memasak. Mohon Allah Permudahkan urusan mereka.

@sivansara2: kerajaan bagi aje peruntukkan banjir pd rakyat senang jimat masa tahulah mereka nak uruskan Mon minum mereka

@eriena06: betul…bnjir lps kami dpt nasi lauk dlm paket..nasi mentah tk boleh nk mkn, sian klau org tgh kelaparan nk makan nasi mentah

Perkongsian klip durasi pendek di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 250.1K penonton, 11.9K sukaan dan 1493 komen.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“China Mengharamkan Wanita Menjadi Mojel Pakaian Dalam Sewaktu Live”-Lihat Apa Tindakan Mereka…
Next article“Jujur Bila Berniaga, Nnt Bertambah2 Rezeki Adik”-Sikap Jujur Adik Buat Netizen Sebak
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here