Home Kehidupan “Mana Adab Student Sekarang Ye”- Konsultan Takaful Sekolahkan Student

“Mana Adab Student Sekarang Ye”- Konsultan Takaful Sekolahkan Student

246
0

“Approach org tak ada adab. U muda lg. Jgn approach org mcm I ni kawan2 u je u buat.”

Melangkah ke alam universiti atau pusat pengajian tinggi yang lain, kita pastinya diajar cara yang betul untuk memulakan perbualan. Tidak kisah sama ada perbualan di telefon mahupun di whatsapp. Ada caranya untuk kita memulakan perbualan bukan tiba-tiba menerjah sahaja tanpa mengenalkan diri dan sebagainya.

“saya dulu nak chat lecturer buat ayat bukan main lagi betul tak ayat yg digunakan and makesure dalam satu chat tu dah complete soalan apa semua”

“aku tiap kali nak ws ke apa, memang panjang berjela terus. pastu tanya mak dulu ayat tu ok ke tak”

“Aku dulu nak buat assignment siap call tanya boleh tak kita interview. Dah boleh baru prepare soalan email ke owner. Lepastu baru pergi jumpa.”

Baru sahaja tular di tiktok @zarinarahim.takaful di mana seorang konsultan insurans dilihat sedang menegur seorang pelajar yang tidak diketahui siapa tentang adab. Dikatakan pelajar tersebut tidak mengenalkan diri dan tidak memberitahu tujuan dia memulakan sesi whatsapp tersebut. Hanya apabila ditanya baru dia memberitahu tujuan sebenar dia iaitu untuk membuat tugasan tentang ‘life takaful’. Apa yang paling membuat konsultan itu kesal adalah apabila pelajar itu dilihat tidak bersedia untuk bertanyakan soalan malah tidak menyediakan set-set soalan yang mahu ditanya. Hal ini membuatkan konsultan itu berasa sedikit kecewa dengan sikap pelajar tersebut.

“Ye memula tu igtkan prospek nk tny takaful. Sbb mmg dia tak bgtau. Lepas i tanya barulah ckp nk buat assignment”

Lihat video penuh di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@Shaza : xtahu kenapa,student zaman sekarang sgt berbeza..x tahu kenapa dgn batch dia org nie

@hye : biar betik trus tanya xde intro apa sumer. Woi bende tuh basic ouh

@N. : i siap buat surat sekali letterhead ye kalau nak buat interview masa study dulu

@Nayahh : Budak2 skrg mmg pelik2 sy pun tak faham

@munmoon : lol dari student sampai dah keje nk engage dgn org saya pakai emel. Kalau by wasep pun mesti kene template cantik dan beradab.

@dairy : Diorg x passionate mcm kita dulu..maybe

@Ridzwan Halim : betul tindakan puan. Terima Kasih kerana itu sangat membantu untuk dia. saya pasti sebab gen sekarang kurang pendedahan terutama bab adab.

Apa yang diucapkan oleh konsultan tersebut ada benarnya. Zaman sekarang, student dilihat seperti tiada inisiatif untuk belajar. Sepatutnya student tersebut perlulah bersedia jika hendak menemu ramah seseorang dan yang paling penting sekali sebelum memulakan perbualan, student haruslah memperkenalkan diri dan tujuan perbualan tersebut dilakukan. Barulah nampak sikit title student tu.

Baca juga : Pensyarah terpaksa gagalkan ‘research project’ pelajar istimewa ijazah sarjana

Baca juga : “Shopping ke Merompak..”- Taasub ‘Shopping’ Raya Sampai Lupa Adab Sampai Rosakkan Imej Kedai

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Tiktok dan Instagram

Previous article“ND Lala Setuju Tak Tuu..” – Netizen
Next article“Lempar Batu Ke Pengunjung, Anak Monyet Dirotan Ibunya”-Sebijik Macam Perangai Mak-Mak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here