Home Uncategorized “Lempar Batu Ke Pengunjung, Anak Monyet Dirotan Ibunya”-Sebijik Macam Perangai Mak-Mak

“Lempar Batu Ke Pengunjung, Anak Monyet Dirotan Ibunya”-Sebijik Macam Perangai Mak-Mak

194
0

Biasanya, ibu bapa akan menggunakan alatan seperti hanger, untuk merotan anak-anak mereka jika mereka melakukan apa-apa kesalahan juga perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Rotan di sini bermaksud bukanlah untuk mencederakan, malah untuk mengajar anak-anak supaya tidak melakukan perkara yang tidak sewajarnya mereka lakukan.

Tapi, ingatkan manusia saja yang berperangai macam tu kan ? Rupa-rupanya, binatang seperti monyet juga berperangai sebegitu,merotan anak-anak jika mereka buat apa.

Hal ini terakam di sebuah video yang dimuat naik oleh pemegang akaun Tiktok yang bernama @ProjekMakassar yang merakam moment seekor anak monyet yang membaling batu ke arah pengunjung yang hadir ke zoo.

Lihat video di bawah :

@pojokmakassarid

Makanya jangan nakal #pojokmakassar #beritatiktok #fyp #fypシ゚viral

♬ original sound – Pojok Makassar – Pojok Makassar

Aksi ibu monyet yang merotan anak nya kerana telah membaling batu ke arah pengunjung itu sangat melucukan. Betul-betul gaya macam mak-mak kita semua kan ?

Bila buat salah, terus kena rotan, anak monyet itu pun jelas kelihatan seperti ketakutan setelah dirotan oleh ibu nya.

Lihat apa pula komen dari para netizen :

@ren.:sangat mencerminkan didikan asian parents

@MuhdMujahid_01:padahal dah ada bodyguard dahtu tapi kalau mak dia datang buat² tak kenai

@nabilaannur:x.sebenarnye ada senah belah kiri tu nampak dulu.dia ckp lah “eh esah tu anak ko main batu” haa tu y mak dia dtg perambat

@𝑚𝑜𝑟𝑒𝑛𝑎 𝑐𝑜𝑓𝑓𝑒𝑒:good mother

@irarazali:Bukan main libas lagi ye , berbirat la badan si jemah

Apalah nasib anak monyet tu ye ? Bak kata netizen, sebijik macam gaya mak-mak asian, jenis suka rotan. Jadi, apa pula pendapat anda ?

 

Sumber : Tiktok

 

Previous article“Mana Adab Student Sekarang Ye”- Konsultan Takaful Sekolahkan Student
Next articleGugur Jantung Lihat Abg Bomba Dikejar Ular Tedung Selar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here