Home Hiburan “Macam Syeeda..”- Zizan Dedah Ciri Wanita Idaman, Petik Nama Adik Syatilla Melvin...

“Macam Syeeda..”- Zizan Dedah Ciri Wanita Idaman, Petik Nama Adik Syatilla Melvin Buat Netizen Terkejut

308
0

Menerusi satu klip yang menarik perhatian netizen apabila para pelakon yang suka menghiburkan para peminat gemar berbual melalui live Instagram milik mereka sekaligus cuba berinteraksi dengan para peminat iaitu Shaheizy Sam, Syatilla Melvin, Zizan Razak dan Pak Azad. Perbualan mereka menjadi terikan ramai apabila Syatilla mula mempersoalkan tentang keinginan Zizan Razak untuk menyunting pilihan hati. Pada awalnya Zizan cuba mengubah topik namun topik tersebut menjadi hangat apabila para pelakon yang berada di live tersebut menggesa beliau untuk menceritakan ciri ciri wanita idaman beliau.

Pendedahan Zizan memnbuatkan para peminat terkejut apabila Zizan menyebut nama adik perempuan Syatilla Melvin yang kini sudah pun berumahtangga dan mempunyai cahaya mata bersama suami. Zizan menjelaskan bahawa beliau ingin wanita persis seperti Syeeda yang begitu lemah lembut dan sangat anggun serta amat peramah dengan semua. Tambahan lagi, beliau cuba berhibur dengan menyatakan bahawa jika Sam merupakan wanita, beliau terus menyunting Sam kerana rakan akrab beliau juga mempunyai ciri ciri idaman beliau iaitu sangat memahami dengan pekerjaan beliau yang sibuk dengan kerjaya seni sebagai pelakon dan penyanyi serta pelawak terkenal.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)


Tontonan live yang mencecah lebih 100 ribu penonton itu membuatkan para gadis mula menyatakan bahawa ciri ciri bakal isteri Zizan Razak akan cuba dipenuhi dan ini menghiburkan pelawak tersebut. Apa apa pun para epminat mendoakan yang terbaik buat Zizan Razak supaya urusan beliau bertemu jodoh dipermudahkan dan semoga beliau berjaya dalam ususan kerjaya beliau dalam industri seni.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Dosa Sndiri Pun Tak Tertnggung…” -Dikecam Jual Inai Tak Sah Solat, Sekali Ini Respon Neelofa
Next article“Laa Dia Ni Ke Yang..”- Bangkit Lepas Dikecam Hebat, Lagu ‘Casablanca’ Nadi Baru Utk Nuha Bahrin
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here