Home Umum Lelaki Warganegara Malaysia Maut Ditembak Di Thailand

Lelaki Warganegara Malaysia Maut Ditembak Di Thailand

176
0

Seorang lelaki berwarganegara Malaysia yang berumur 55, ditembak tiga kali dalam kejadian di luar sebuah kedai serbaneka di Jalan Chantharothai di Wilayah Yala, Thailand Selatan, pada Sabtu (11 Februari).

Suspek yang melarikan diri dari tempat kejadian dipercayai warga Thailand dan polis sedang memburunya.

sinetronmalaya.com tembak dv

Polis Thailand sedang menyiasat sama ada motif di sebalik serangan itu adalah peribadi atau disebabkan pertikaian berkaitan perniagaan.

Baca juga : “Masatu Hujan Lebat Di LPT…”-Hampir Maut, Pereka Fesyen Terkenal Kemalangan

Baca juga : 7 Maut Dalam Kemalangan Sebuah Van Di Genting Highland

 

Polis Malaysia juga akan bekerjasama dengan rakan sejawatan mereka dari Thailand dalam siasatan.

sinetronmalaya.com tembak sjl

Siasatan awal mendapati mangsa kerap melakukan perjalanan antara Betong dan Pengkalan Hulu selama bertahun-tahun. Dia dipercayai berkahwin dengan seorang wanita warga Thailand dan pernah menjalankan perniagaan hiburan di pekan Betong.

Mangsa juga mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah di Malaysia.

 

Sumber : Astroawani.com

Previous article“Rempuh Bangunan Kelas Memandu Sewaktu Ujian Memandu Dijalankan”-Tiada Kemalangan Jiwa Berlaku
Next articleBeli Karpet Kereta Brhrga Rm1,400 Utk Jdikn Hadiah, Skli Wanita Ini Trkejut Lihat Saiz Set Karpet Yg Dbeli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here