Home Viral Lelaki Sedih Bakal Ibu Mentua Naikkan Hantaran Dari RM14K Kepada RM18K Gara-Gaea...

Lelaki Sedih Bakal Ibu Mentua Naikkan Hantaran Dari RM14K Kepada RM18K Gara-Gaea PMX Umum Naik Gaji

117
0

Ingatkan hanya harga barang yang boleh meningkat, tetapi tidak disangka wang hantaran perkahwinan juga boleh meningkat sedemikian. Itulah yang disampaikan oleh seorang lelaki yang kecewa apabila bakal ibu mentua menaikkan wang hantaran perkahwinan yang telah dipersetujui secara tiba-tiba.

Perkara ini dikongsikannya di aplikasi X, di mana dia sepatutnya berkahwin dengan tunangnya pada Disember 2024. Namun, bakal ibu mentuanya memungkiri janji dan menaikkan wang hantaran sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan ada kenaikan gaji bagi penjawat awam.

“Aku kerja sebagai penjawat awam. Dah bertunang dan bakal berkahwin pada Disember. Sebelum ini, bakal mentua minta RM14,000. Aku tunaikan. Lepas Perdana Menteri umumkan kenaikan, mentua minta hantaran naik jadi RM18,000…”

Disebabkan permintaan itu, lelaki ini tertekan dan mula merenung sama ada dia patut meneruskan hubungan atau tidak kerana sering bergaduh dengan tunangnya.

Dalam pada itu, ramai yang menasihatkan lelaki ini untuk mengundurkan diri jika tidak mampu untuk meneruskan hubungan. Walau bagaimanapun, disarankan untuk berbincang terlebih dahulu dengan keluarga bakal mentua untuk mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Sumber: X

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Dua-Dua Dah Jatuh Now What? Sebab Nak Tutup Aib Awak, Awak Buka Aib Orang Lain…” – Kenyataan Aisyah Aziz Timbul Tanda Tanya
Next articleSelebriti dan Influencer Terkenal Malaysia Dalam Senarai Gerakan Blockout 2024?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here