Home Semasa Berita Buruk Untuk Perantau, JPJ Senarai 7 Kesalahan Jalan Raya Dikuatkuasakan Tanpa...

Berita Buruk Untuk Perantau, JPJ Senarai 7 Kesalahan Jalan Raya Dikuatkuasakan Tanpa Kompaun Sempena Tahun Baharu Cina

287
0

Bersempena Perayaan Tahun Baharu Cina Peringkat Kebangsaan 2023, JPJ senarai 7 kesalahan jalan raya dikuatkuasakan tanpa kompaun. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyenaraikan tujuh kesalahan utama lalu lintas sempena Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya yang tidak dibenarkan kompaun. Kesalahan tidak dikompaun akan menyebabkan pesalah perlu terus ‘menjawab’ di mahkamah jika dikenakan tindakan.

Kesalahan itu membabitkan

  1. memotong barisan
  2. memotong di garisan berkembar
  3. tidak mematuhi isyarat lampu merah
  4. memandu melebihi had laju
  5. menggunakan telefon bimbit semasa memandu
  6. tidak memakai tali pinggang atau topi keledar dan memandu di lorong kecemasan.

Operasi itu akan bermula esok hingga 28 Januari ini yang akan membabitkan pelbagai pihak penguat kuasa termasuk 2,000 anggota JPJ di seluruh negara.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata sepanjang tempoh operasi, beberapa aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan merangkumi kaedah penyamaran sebagai penumpang bas ekspres dan pemantauan melalui stesen penguatkuasaan (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya.

Turut dilaksanakan ialah persepsi ditangkap melakukan kesalahan (POBC) secara rondaan di laluan utama jalan persekutuan dan Ops Khas Motosikal yang akan diadakan secara bersepadu bersama agensi berkaitan.

Loke berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Tahun Baharu Cina

Loke berkata kadar literasi keselamatan jalan raya dalam komuniti jalan raya di negara ini masih belum mencapai tahap boleh dibanggakan berdasarkan jumlah kematian 119 pengguna sepanjang tempoh Ops Tahun Baharu Cina pada tahun lalu.

Loke berkata, Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan juga akan dilaksanakan dua hari sebelum dan dua hari selepas perayaan, iaitu pada 20 hingga 21 Januari serta 24 dan 25 Januari.

Menurutnya, larangan ini bertujuan mengelakkan risiko nahas jalan raya akibat percampuran aliran trafik antara kenderaan berat dengan yang ringan di atas jalan raya dan lebuh raya, selain mengelak kesesakan lalu lintas.

Kepada anak rantau yang ingin pulang ke kampung halaman, sila berhati-hati. Patuhi undang-undang jalan raya. Jaga keselamatan anda, ramai yang menyayangi anda..

Previous articlePenduduk Gempar Dengan Kemunculan Fenomena Awan Tebal Aneh Seakan Gelang Bercahaya Di Kaki Langit
Next articleNelayan Jumpa Makhluk Serupa Seperti Anak Naga, Sekali Nama Sebenar Makhluk Buat Ramai Terkedu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here