Home Dunia Jep Sepahtu Cerita Hal Sebenar Mengenai Majlis Kahwin Shuib

Jep Sepahtu Cerita Hal Sebenar Mengenai Majlis Kahwin Shuib

385
0

Muhd Nadzri Zainal Abidin atau dikenali sebagai Jep Sepahtu merupakan seorang pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio Malaysia. Beliau dilahirkan pada 9 April 1985, berasal dari Kulai, Johor.

Beliau ialah bekas anggota kumpulan Sepah bersama Shuib dan Mamat, menjuarai Raja Lawak musim ketiga dan Maharaja Lawak pada tahun 2011. Selepas mereka bertiga berpisah, Jep menubuhkan kumpulan Sepahtu yang turut dianggotai oleh Shuib.

Screenshot 2023 07 01 140223

Ketiadaan Jep ketika majlis perkahwinan sahabat baiknya iaitu Shuib pada 23 Jun yang lalu menjadi tanda tanya netizen.

Kini Jep memberi jawapan setelah seminggu segelintir netizen bertanya kepada beliau, di satu siaran langsung di kampung halaman menerusi akaun Tiktok nya.

Salah seorang daripada penonton menerusi siaran langsungnya itu bertanya mengapa beliau tidak hadir di majlis perkahwinan Shuib. Tanpa berselindung atau menggunakan kata-kata kiasan, Jep mendedahkan dirinya bahawa beliau tidak menerima jemputak daripada Shuib.

“Oh, saya tak dijemput”-kata Jep

Baca lagi: Farah Lee Buat Pengumuman Anak Kedua, Ramai Sebak Lihat Perkongsian Nya

Baca lagi: Warga Asing Selamba Meniaga Di Hadapan KLCC, Sekali Pihak Penguatkuasa Pula Diperli

Lihat klip durasi pendek respon Jep Sepahtu:

@ichanurintashah Jep live ptg smlm part 1 of 3. Like dan komen ye gaiss. #jeptapan #jepsepahtu #fyp #fypã‚·ã‚šviral #foryoupage #masukberandafypã‚· #masukberanda #masukberandafyp #masukberandamu #viral #tiktokmy #tiktokmalaysia #tiktoksg #pelawakmalaysia ♬ original sound – nurinnatashah 🌹

Lihat juga video dibawah:

Netizen turut memberi komen mengenai respon Jep, mengatakan jawapan yang diberi oleh Jep sememangnya ‘direct’ setelah mendapat soalan daripada salah seorang pengikutnya di akaun Tiktok beliau. Ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan lawak diruangan komen. Serta beberapa netizen juga memberi kecaman kepada Shuib, kerana tidak memikirkan sahabat lama yang ada dengannya apabila susah dan senang.

Perkongsian video klip di Tiktok ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 136.3K penonton, 4999 sukaan dan 155 komen.

Lihat apa juga kata orang ramai:

@washwash eye: alah jep pun tak kebulur nak pergi..

@Ina Mazlina: stedy je jep jawab..xpayah meleret2..simple..

@Sir_Akim01: takpe jep..nanti kau kawin lagi, xpyh jemput dia plk..settel

@Cahaya Izzah: baru jep start live dah tanya soalan mcm tu,pastu bila jep dah bagithu dia tk djemput….ada pulak yg komen/tanya sbb apa shuib tak jemput

@Mamarayy: Jep mmg simple org nya,ko tnye die jwab, bnd btol die ckp

@Im-Niel: benda blh direct nk kias2 buat apa

@musA_94: mcm tu je jep gula2 viewers nk gift..hahahaha.

@NZ.ET11: nampk yng jep pun mls dh nk fikir nk jaga hati orng lah nk tapis² lh dh klau cita benda sbnr pun terus terasa hati terus mak bakcup

@aafiya85: xpyh tnya pn smua dh tau jawapan tu..apalah netizen ni..xkan la sja2 xp

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia dan Tiktok

Previous articleTersalah Pakai Baju Isteri Pergi Solat Raya, Reaksi Lelaki Ini Pula Buat Ramai Yang Berdekah
Next article“Kesiannya Tak Ada Anak” -Sekali Respon Wanita Ini Buat Ramai Yang Setuju
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here