Home Netizen Kecewa Duit Tabungan Reput dan Rosak Hampir RM1 Ribu

Kecewa Duit Tabungan Reput dan Rosak Hampir RM1 Ribu

236
0

Menabung sememangnya satu tabiat yang baik diamalkan oleh semua orang tanpa mengira umur. Namun begitu mohon pastikan tempat atau bekas tabungan anda itu dalam keadaan yang baik dan juga sesuai.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Lily Noorly Mohd Noor berkongsikan kisah sedih mengenai sahabatnya yang menyimpan duit tabungan yang bercampur antara duit kertas dan juga duit syiling.

Sekadar perkongsian bersama, ia terjadi pada sahabat baiknya sendiri, niat menabung akhirnya lebur macam itu sahaja. Kesemua duit-duit yang disimpan olehnya mereput dan hancur apabila beliau cuba membuka dari lipatan.

Jika ada sesiapa yang simpan duit dalam tabung tin bercampur duit syiling rasanya elok dielakkan. Hampir RM1k lebur macam itu sahaja, bawa pergi bank beliau pun tidak tahu pihak bank terima atau pun tidak.

Baca lagi: Menabung Duit Syiling Slama 5 Tahun, Bapa Tercengang Lihat Jumlah Yg Trlalu Bnyk

Baca lagi: “Penjual di kaki lima je..” Lelaki Ini Kumpul Duit Syiling RM80,000 Beli Toyota Rush Secara Tunai

sinetronmalaya.com Kecewa Duit Tabungan Reput dan Rosak Hampir RM1 Ribu sss

Namun ada beberapa netizen mengatakan bahawa duit-duit yang mereput atau pun rosak boleh bawa ke bank dan pihak bank terima duit-duit tersebut.

Ini respon beliau:

“Alhamdulillah, terima kasih yang share dan beritahu boleh tukar dan bank terima. Dia akan bawa ke bank dan mudah-mudahan akan dipermudahkan dan dapat balik ganti. Dia kata kalau tahu jadi macam ni memang tak akan simpan macam tu”

sinetronmalaya.com Kecewa Duit Tabungan Reput dan Rosak Hampir RM1 Ribu ddd

Sebagai pengetahuan bersama, duit yang reput, rosak atau koyak jangan terus dibuang kerana ianya kemungkinan besar masih boleh diselamatkan dengan ditukar di bank. Duit yang reput tetapi masih ada lebih separuh saiz asal boleh ditukar dengan nilai sepenuhnya.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SAJA

Previous article“Takda org ambil makanan untuk aku masa buka puasa” -Emma Maembong
Next article“Barang Harga Rm600, Skli Staff Caj Rm8 Ribu” -Seorg Wanita Bengang, Ayahnya Kena Scam
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here