Home Isu Semasa “Penjual di kaki lima je..” Lelaki Ini Kumpul Duit Syiling RM80,000 Beli...

“Penjual di kaki lima je..” Lelaki Ini Kumpul Duit Syiling RM80,000 Beli Toyota Rush Secara Tunai

243
0

Seorang penjual di kaki lima di Kota Makassar, Indonesia berjaya membeli kereta idamannya iaitu Toyota Rush secara tunai menggunakan wang syiling hasil simpanan selama empat tahun, lapor Suara.com, semalam.

Penjual tersebut, Asriadi Syamsuddin berkata, dia sudah menyimpan niat membeli kereta idamannya itu sejak 2018 dan nekad menabung wang hasil jualannya.

 

C3A4A950 8E4F 48BB A87E FA6F684874AE
Toyota Rush idaman Asriadi. – Google

Tambah Asriadi, kebanyakan duit dalam tabungnya adalah wang syiling kerana ia merupakan pemberian pelanggan yang membeli barang jualannya.

“Tidak terasa sudah empat tahun saya menabung duit syiling ini kerana saya tidak pernah mengira jumlahnya.

“Apabila saya melihat bekas air yang digunakan untuk menyimpan duit syiling sudah penuh, barulah saya keluarkan dan mendapati bahawa jumlahnya mencecah ratusan juta rupiah,” kata Asriadi.

9E2F3A5F 2C36 4BC8 ACCB 1ACBA12A2C85

Ketika membawa wang tabungan ke bilik pameran kereta Toyota di bandar, para pekerja di sana telah membantu Asriadi mengira jumlah yang diperlukan untuk membeli kereta idamannya.

“Ini satu situasi luar biasa kerana pihak kami tidak pernah menerima pelanggan yang membeli kenderaan secara tunai menggunakan duit syiling.

“Namun, Asriadi membawa wang yang cukup iaitu 271 juta rupiah (RM79,269) untuk membolehkannya memiliki kereta Toyota Rush,” jelas seorang pekerja Toyota, Nur. – Agensif 3

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber:Kosmo

Previous article“Dpat solatkan utk ayah..” Ini Luahan Ashraf Muslim bia Dpat Urus Jenzah Arwh Bapa Hingga Ke L!ang L@had
Next article“Selama Ini Kna Tipu Ke?”- Net!zen Trkejut Lihat Kek Msih Smpurna Lpas Dibal!ng Fimie Don, Rupanya..
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here