Home Isu Semasa Kahwin 47 Tahun Dan Ada 10 Anak, Lelaki Ini Dedah Tak Pernah...

Kahwin 47 Tahun Dan Ada 10 Anak, Lelaki Ini Dedah Tak Pernah Melihat Wajah Isterinya

201
0

Baru-baru ini tular mengenai satu kisah yang agak pelik mengenai seorang lelaki yang sudah mendirikan rumahtangga selama 47 tahun. Tiada ada apa yang menghairankan perkahwinannya sudah mencecah 47 tahun, namun lelaki dari Arab Saudi ini mendedahkan bahawa dia tidak permah melihat wajah isterinya sepanjang perkahwinan mereka!

Malah sepanjang perkahwinan mereka, pasangan suami isteri ini telah dikurniakan 10 orang anak.

111

Si suami kemudian mendedahkan sebab dia tidak pernah melihat wajah isterinya. Sebabnya adalah isterinya merupakan salah seorang wanita yang berasal daripada sebuah puak di mana mereka masih memegang teguh dengan tradisi nenek moyangnya yang dianggap sebagai ultra konservatif.

Antara tradisi mereka adalah tidak boleh menunjukkan wajah mereka kepada orang lain termasuk suami sendiri.

Tradisi yang diamalkan oleh puka ini dianggarkan sudah berusia ribuan tahun dan makin dilupakan pada zaman sekarang. Namun begitu masih ada segelintir orang yang meneruskan tradisi ini dan mengamalkannya sehingga sekarang.

222

Kerana menghormati tradisi dan kemahuan isterinya, si suami tidak memaksa isterinya untuk menunjukkan wajah kepadanya namun dia juga mengakui tidak pernah melihat wajah isterinya sepanjang 47 tahun perkahwinan mereka.

Baca Juga: Terjumpa Duit RM23,000 Lebih Yang Ditinggalkan Penumpang, Sekali Ini Ganjaran Untuk Pemandu

Menurut si suami, perkahwinannya dengan isteri tidak masalah untuk meneruskan kehidupan bersama malah sehingga kini mereka sudahpun dikurniakan 10 orang anak.

Sumber: Ohbula

Previous articleSuami Isteri Terperanjat Menemui Syiling Emas Berusia 400 Tahun
Next articleSetelah beribu permohonan, Akhirnya rezeki lelaki ini bekerja di bank dunia
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here