Home Viral Jep dedah dah pujuk Ahli Sepahtu, Terpaksa Akur dengan Keputusan Bawa Diri

Jep dedah dah pujuk Ahli Sepahtu, Terpaksa Akur dengan Keputusan Bawa Diri

179
0

Baru-baru ini, pelawak Jep memberitahu peminat Sepahtu supaya tidak lagi menaruh harapan dan mempersoalkan mengapa kesemua ahli tidak bersatu kembali.

‘Kecenderungan berbeza jadi kita tak akan selamanya bersama’

Menerusi siaran langsung di TikTok, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nazri Zainal Abidin berkata faktor yang menyebabkan mereka tidak lagi bersama kerana setiap ahli kumpulan sudah membawa haluan masing-masing.

Katanya, dia tidak boleh menghalang keputusan yang telah dilakukan.

Masing-masing ada komitmen, ada kecenderungan masing-masing dan keinginan masing-masing.

Tambah penyampai radio ini, dia masih mahu mengekalkan kumpulan Sepahtu kerana ini adalah satu-satunya bidang yang dia mahir.

Kalau lah sorang tak nak buat, takkan lah abang (Jep) tak nak buat, takkan lah saya nak berhenti. Saya tak pandai berniaga.

Saya kena terus jalan, inilah benda yang saya boleh buat dengan bakat dan keizinan yang Allah berikan untuk cari makan.

Jep yang juga popular menerusi sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK), berkata dia sudah sedaya upaya memujuk bekas ahli Sepahtu untuk meneruskan perjalanan sebagai satu kumpulan bersama-sama, namun apakan daya dia hanya boleh menghormati keputusan mereka.

Dalam pada itu, suami kepada Sari Yanti ini berterima kasih kepada semua ahli terutama Ebby Yus kerana masih setia meneruskan program tersebut serta bergabung tenaga.

Lihat klip video di bawah:

@ichanurintashah Jeptapan live – Harap sudah sudahlah orang2 yg asyik menanya tentang ahli yg dah keluar. Kesian dan sebak dgr abg jep ceritakan ni 🥺🥺 #jepsepahtu #jeptapan #fyp #foryou #foryoupage #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #masukberanda #masukberandafypシ #masukberandafyp #masukberandamu #xyzbca #tiktokmalaysia #tiktokmy #tiktoksg #pelawakmalaysia #lawakmalaysia #orangbaikramaisayang #sepahtu ♬ original sound – nurinatashah 🌹 – nurinnatashah 🌹

t

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleDatuk M Daud Kilau Nyanyi Lagu Cek Mek Molek Sambil Di Atas Kerusi Roda
Next articleRugi Hampir RM10K disebabkan Chiller rosak, Kieda Menangis terpaksa buang Crepe

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here