Home Hiburan Datuk M Daud Kilau Nyanyi Lagu Cek Mek Molek Sambil Di Atas...

Datuk M Daud Kilau Nyanyi Lagu Cek Mek Molek Sambil Di Atas Kerusi Roda

173
0

Datuk Muhammad Daud Bin Kilau atau lebih dikenali sebagai Datuk M. Daud Kilau merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Dilahirkan pada 10 Julai 1938 di Sungai Ular, Bagan Datoh, Perak.

Beliau mulai mencebur bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis. Bermula dari titik itu, beliau terus mendapat peluang menjadi artis rakaman hingga menghasilkan banyak EP dan LP yang memuatkan lagu bergenre langgam, asli dan dangdut. Kemudian pada 1985, beliau menjuarai pula pertandingan Pesta Dendang Rakyat kategori Nyanyian Asli.

Menerusi halaman tiktok, tular video kongsian Linda Zakaria di mana Datuk M Daud Kilau menyanyi sambil duduk di atas kerusi roda. Beliau menyanyikan lagu berjudul Cek Mek Molek. Klip video tersebut mendapat pautan sebanyak 300 ribu tontonan dan 30 ribu sukaan. Rata-rata peminat mendoakan Datuk M Daud Kilau terus sihat dan dipanjangkan umur. Ramai juga memuji suaranya masih ‘Maintain’ walaupun sudah menginjak usia.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Wah, dah berusia pun masih maintain suara Datuk M Daud Kilau ni kan. Min doakan semoga dapat terus sihat dan diberkati Allah Swt. Terima kasih kerana telah menghiburkan ramai peminat tidak kira umur atau latar belakang

Previous articleAnak diikat di Katil ketika mengambil darah, sekali Bapa Dea Maisarah tampil cerita hal sebenar
Next articleJep dedah dah pujuk Ahli Sepahtu, Terpaksa Akur dengan Keputusan Bawa Diri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here