Home Isu Semasa “Ira Kazar Hamil?..” – Sekali Ini Jawapan Yusof Haslam

“Ira Kazar Hamil?..” – Sekali Ini Jawapan Yusof Haslam

387
0

Datuk Yusof Haslam merupakan seorang pelakon, pengarah dan penerbit filem. Beliau mempunyai empat orang anak iaitu Mohd Faizal, Mohd Syamsul, Nursyamin dan Mohd Syafiq. Baru-baru ini tular mengenai anak keduanya, Syamsul Yusof yang telah bernikah dengan Ira Kazar. Khabar angin juga mengatakan bahawa menantu baharunya itu sedang hamil ketika ini.

Menerusi satu sesi media bersama Datuk Yusof Haslam, beliau enggan mengulas mengenai khabar angin berkenaan dengan menantu baharunya itu. Beliau juga mengatakan meskipun khabar angin itu benar, beliau memilih untuk tidak mengambil tahu mengenai pasangan tersebut.

Ira Kazar hamil? Saya tidak tahu dan tidak mahu mengambil tahu kalau dia sudah hamil atau belum,” Katanya.

Saya tak pernah dengar cerita mengenai Ira Kazar hamil, lagipun dia sudah duduk di rumah sendiri bersama Syamsul. Saya tak mahu komen saya kena jaga hati ramai orang, biar masa yang menentukan,” Katanya lagi.

Saya taknak melukakan hati sesiapa, saya sayang anak saya, menantu saya dan besan saya. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk Syamsul dan Puteri sarah. Sebagai manusia kita kena move on walau apa pun keadaan yang terjadi,” Ulasnya lagi.

Syamsul anak saya, saya nak jaga hati dia juga. Saya taknak hubungan saya dengan dia jadi buruk,” Datuk Yusof Haslam mengakhiri katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah Liyana telah memfailkan penceraian kepada Syamsul Yusof pada 16 Januari yang lalu.

Previous article“Suami yang Gentlemen takkan get other people into trouble…” – Azhar Sulaiman tegur Bella Astillah
Next articlePihak Berkuasa Trik Motosikal Pelanggan, Reaksi Peniaga Ini Bt Rmai Yg Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here