Home Uncategorized Rupanya Dato Yusof Haslam Pernah Dituduh Curang? Datin Patimah Hilangkan Diri Selama...

Rupanya Dato Yusof Haslam Pernah Dituduh Curang? Datin Patimah Hilangkan Diri Selama Sebulan

74
0

Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam ada berkongsi kisah peribadi yang melanda dirinya dan isteri, Datin Patimah Ismail suatu ketika dahulu.

Menganggap krisis tersebut sebagai ujian dalam rumah tangga yang dibinanya bersama Datin Patimah, Yusof Haslam memberitahu dia pernah difitnah berlaku curang dengan wanita lain.

Angkara salah faham itu, isteri pengarah itu dikhabarkan menghilangkan diri selama sebulan kerana merajuk dan jauh hati.

IMG 6032

“Adalah peristiwa berlaku menyebabkan dia merajuk dan membawa diri ke sebuah sekolah pondok di Pokok Sena, Kedah bagi mendalami ilmu agama..”

“Hampir sebulan isteri menghilangkan diri dan saya jadi buntu dan tak tahu di mana dia berada. Anak-anak pula masih bersekolah. Secara kebetulan, kami baru sahaja pindah ke banglo ini…”

Namun, Datuk Yusof Haslam tetap bersemangat untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina dan meminta bantuan bapa mentuanya untuk menjejaki keberadaan Patimah

“Pada awalnya, isteri masih berkeras. Tapi Alhamdulillah, selepas saya meyakinkannya dengan mengatakan sekiranya saya melakukan dosa besar pasti Tuhan tidak akan menyelamatkan saya termasuk bersikap jujur dalam perhubungan jika nak rezeki sentiasa melimpah..”

IMG 6033

“Jujurnya, proses memujuk memakan masa bertahun. Saya tidak salahkan isteri sebab sudah tentu dalam bidang hiburan terdedah dengan macam-macam gosip. Saya pula selalu berjumpa dengan artis dan isteri saya perlu kuat menghadapinya..”

Difahamkan, Datuk Yusof Haslam berkongsikan pengalaman itu ketika meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-41 baru-baru ini.

Previous article“You Tak Boleh Bagi Anak, Kalau Boleh Saya Nak Jadi Nombor 2..” – Elizad Dedah Ada Janda Anak 3 Offer Jadi Madu
Next article“Boleh Pula Pergi Tanya Who’s That? Serius la…” – Uyaina Arshad Kecewa Dengan Sikap Selebriti Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here