Home Isu Semasa “Sedih Menang Dengan Cara Ni…” – Tunku Mahkota Ismail

“Sedih Menang Dengan Cara Ni…” – Tunku Mahkota Ismail

130
0

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) mengungkapkan perasaan sedih atas kemenangan ini.

Melalui Instagram Story, baginda berkongsi semula hantaran yang dibuat oleh laman rasmi Johor menunjukkan pasukan JDT di bawah pengurusan Hector Bidoglio meraih trofi pertama dalam musim 2024/25.

“Satu lagi. Sedih menang dengan cara macam ni tapi rezeki tetap rezeki. Allah sebaik-baik perancang…”

Sebelum itu, Selangor FC telah memutuskan untuk tidak menghadiri perlawanan Piala Sumbangsih yang dijadualkan pada Jumaat selepas melakukan penyelidikan dan perbincangan terperinci.

Pihaknya berasa bimbang dengan insiden jenayah dan ancaman yang baru-baru ini melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh 72 jam.

Lihat Posting di bawah:
tmj

Sumber: Instagram

Previous article“Tak Kisah Lah You Cantik Ke, If Your Husband Nak Tengok Perempuan Seksi Dia Tengok Juga” – Dahlia Rizal
Next article“Penyanyi Macam Ni Yang Patut Jadi Artis, Suara Luar Biasa..” – Buskers Di Bukit Bintang Raih Pujian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here