Home Uncategorized Isteri Pandu Kereta, Mark Adam Dedah Tak Ada Lesen Akibat Trauma

Isteri Pandu Kereta, Mark Adam Dedah Tak Ada Lesen Akibat Trauma

136
0

Penyanyi dan pelakon, Mark Adam mendedahkan bahawa dia pernah mengalami kemalangan ketika remaja sehingga menyebabkan dirinya trauma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Adam (@markadam1079)

Mark Adam Abdullah berkata semasa berusia 18 tahun dia dan seorang temannya terbabit dalam sebuah kemalangan.

Susulan insiden tersebut, penyanyi berusia 44 tahun itu tidak lagi memandu mahupun membawa motosikal

Ramai yang tak tahu, dulu saya pernah kemalangan motosikal.

Motosikal itu pak cik saya punya dan saya bawa seorang kawan. Kawan saya cedera, kaki dan tangannya patah. Tapi saya tak apa-apa. Kejadian itu menjadikan saya trauma.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mark Adam (@markadam1079)

Dalam pada itu, Mark berkata jika diberikan watak sebagai seorang pemandu, dia terpaksa meminta bantuan kru penggambaran untuk menolak kereta.

Pernah juga berlaku kemalangan kereta. Saya tak boleh langsung bawa kereta selepas itu dan saya tak ada lesen.

Semasa penggambaran pun saya tak boleh bawa, mereka terpaksa tolak kereta untuk jayakan babak itu.
Mark berkata demikian semasa menghadiri majlis Rumah Terbuka Anjuran Global Station Sdn Bhd yang berlangsung di Kemensah Heights, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Isteri pelantun lagu Pencuri itu, Norazah Redzuan menggalas tanggungjawab untuk membawanya ke mana sahaja, bahkan Mark lebih selesa jika isterinya berada di sisi.

Isteri saya pemandu yang sangat bagus, insya-Allah tak pernah kemalangan. Kalau ada pun pernah sekali itupun sedikit sahaja.

Saya nak isteri saya berada di mana saya berada. Saya boleh sahaja tinggal dia, tapi di fikiran saya cuma isteri. Lebih baik dia ada di sisi.

Previous article“Mungkin AA Rindu Sangat Dengan Arwah…” – Diva AA Jemput ‘Arwah’ Ahli Keluarga Makan, Mengejutkan Ramai
Next articlePejabat KWSP Shah Alam Diserbu Oleh Pencarum Sehingga Kaunter Ditutup

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here