Home Viral Inspirasi dari Hadis Rasulullah, Abdullah Abbas nama pilihan anak Kedua Neelofa

Inspirasi dari Hadis Rasulullah, Abdullah Abbas nama pilihan anak Kedua Neelofa

139
0

Selepas tujuh hari bersalin, usahawan dan selebriti popular Neelofa mengikut saranan sunnah nabi dengan berkongsi nama cahaya mata keduanya kepada umum.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram, selebriti berusia 34 tahun itu dan suaminya Haris Ismail sepakat menamakan anak lelaki tercinta sebagai Abdullah Abbas.

Rujuk hadis Rasulullah SAW

Di ruangan kapsyen, dia memberi penjelasan secara terperinci berhubung maksud disebalik pemilihan nama Abdullah Abbas dengan merujuk kepada hadis Rasulullah SAW.

Jadi harapan umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi Daie yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

“Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah sahaja yang tahu,” tulisnya.

Sebelum itu, Neelofa turut menyatakan maksud ‘Bilal’ yang merujuk kepada nama anak sulungnya Muhammad Bilal selain berharap putera kesayangan berusia setahun itu dapat menjadi seperti sahabat Rasulullah SAW, Bilal bin Rabah.

Bilal – tak dapat dipisahkan dengan keikhlasan & keberanian

Moga Bilal Haris dapat jadi seakan Bilal bin Rabah

Terdahulu, bekas pengacara MeleTOP itu selamat melahirkan anak kedua di sebuah pusat perubatan di ibu negara sekitar jam 10.45 malam pada 11 Julai lalu.

Untuk rekod, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021.

Lihat posting Instagram di bawah:

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Neelofa (@neelofa)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]

Previous articleBerbakat Besar. Selamba Nyanyi Lagu Ella, Pengemis Cinta Versi Dangdut
Next articleAkui susah nak mengorat sewaktu kenal, MK bawa isteri naik belon udara panas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here