Home Viral Individu Tawar ‘Underground Job’ bernilai RM175,000, sekali Reaksi Pelakon Siti Khadijah Halim...

Individu Tawar ‘Underground Job’ bernilai RM175,000, sekali Reaksi Pelakon Siti Khadijah Halim Raih Tumpuan Ramai

1365
0

Pelakon Siti Khadijah Halim berkongsi sebuah hantaran yang memaparkan seorang individu menawarkannya ‘pekerjaan’ dengan bayaran yang lumayan. Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, individu itu memberi tawaran ‘underground job’ dengan menawarkan bayaran sebanyak RM175,000 malah individu tersebut turut mendakwa ramai selebriti telah membuat pekerjaan ini.

“Beb, nak ambik jon underground tak? Offer ni just untuk celebs, ramai yang buat. Untuk u offer payment 175k… job 4-5 jam jer and one off…” – Individu

photo 2023 08 18 09 33 17

Ditanya apa yang ditawarkan oleh individu itu kepadanya, Siti memaklumkan bahawa ia bukanlah pekerjaan yang baik dan ia sangat meragukan beserta jumlah yang sangat besar.

“Sejujurnya underground job tu… saya tak rasa ia sesuatu yang okay sebab selalunya kalau nak offer projek drama atau apa mesti melalui penerbit dan lain-lain. Underground job ni must be fishy dengan amaun yang begitu banyak dan skop kerja yang memerlukan masa yang singkat mestilah sesuatu yang meragukan…” – Siti Khadijah Halim

Tambahnya, ini bukanlah kali pertama dia menerima tawaran sebegini malah beranggapan dia menjadi target individu sebegitu kerana gaya hidup sederhana yang dipaparkan di media sosial.

“Saya rasa mungkin sebab peribadi saya di Instagram yang tak menampakkan saya mewah dengan pemakaian saya yang biasa sebab itu ditawarkan saya dengan jumlah yang banyak dan umpan saya dengan ‘job’ yang sebegitu…” Katanya lagi

Susulan itu, Siti mengingatkan rakan-rakan artisnya yang lain benda ini hanya sementara dan jangan mudah terpedaya dengan tawaran sebegitu sehingga menggadaikan maruah.

Lihat Posting di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous article“Saya Dah Macam Zombie, Rasa Nak Nangis..” – Neelofa Layan Ragam Anak Bangun Setiap Jam Tengah Malam
Next article“Sikit je” -Reaksi Pemilik Lamborghini Selepas Kereta Diseret Di Laluan Tol, Raih Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here