Home Hiburan “Saya Dah Macam Zombie, Rasa Nak Nangis..” – Neelofa Layan Ragam Anak...

“Saya Dah Macam Zombie, Rasa Nak Nangis..” – Neelofa Layan Ragam Anak Bangun Setiap Jam Tengah Malam

634
0

Selebriti popular, Noor Neelofa berkongsi ragam anak keduanya, Abdullah Abbas yang kerap menangis di tengah malam, baru-baru ini,

Menerusi hantaran di Instagram Story, Neelofa berkata dirinya seakan berubah menjadi ‘zombie’ disebabkan bayinya itu terjaga setiap jam sehingga waktu subuh.

opal

Semalam (Selasa) ummi (Neelofa) zombie teruk, setiap jam bangun dan sampai subuh tu rasa macam nak menangis.

Pada perkongsian yang sama, Neelofa berkata dia hanya dapat melelapkan mata selama satu jam setengah sebelum diganggu oleh anak sulungnya pula, Muhammad Bilal.

6 pagi bagi Abbas dekat pembantu rumah dan sambung tidur sampai 7.30 pagi sebelum Bilal masuk bilik kacau mak dia.

Menerusi perkongsian itu juga, Neelofa turut memuat naik video ‘boomerang’ memperlihatkan suaminya yang juga penceramah bebas, Haris Ismail sedang mendodoikan anak kedua mereka.

Pada 11 Julai lalu, Neelofa selamat melahirkan anak lelaki kedua yang diberi nama Abdullah Abbas.

Sekadar info, Neelofa dan Haris atau mesra dengan sapaan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2020.

Selain Abdullah Abbas, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak lelaki, Muhammad Bilal yang kini berusia 2 tahun.

Previous articleTolak Tawaran Berlakon, Zul Ariffin Dedah Enggan Terlibat Dalam Watak Seksi dan Berpelukan
Next articleIndividu Tawar ‘Underground Job’ bernilai RM175,000, sekali Reaksi Pelakon Siti Khadijah Halim Raih Tumpuan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here