Home Viral “Anak Saya Menumbuk Muka Kawannya Harini, Bukan Nak Back Up Anak Tapi...

“Anak Saya Menumbuk Muka Kawannya Harini, Bukan Nak Back Up Anak Tapi Padan Muka…” – Diana Danielle

465
0

Semalam, aktres jelita, Diana Danielle, mendedahkan bahawa anak sulungnya, Muhammad, telah menumbuk muka seorang kawannya.

Melalui catatan di aplikasi X, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson menerangkan bahawa insiden itu berlaku kerana kawannya telah mengucapkan perkataan yang kurang sopan kepada Muhammad, hanya kerana Muhammad tidak mahu bermain bersamanya.

Bukan saja itu, kanak-kanak tersebut juga mengeluarkan kata-kata kesat dan memaksa Muhammad untuk mengizinkannya datang ke rumah mereka.

“Anak saya menumbuk muka kawannya hari ini. Kanak-kanak itu memaki hamun anak saya kerana dia mahu datang tetapi anak saya tidak mahu dia datang ke rumah kami…”

“Dah la nak paksa paksa datang rumah, bila tak bagi dia maki-maki dengan sumpah seranah…”

Namun begitu, pelakon berusia 32 tahun itu menjelaskan bahawa beliau tidak sama sekali menyokong tindakan yang dilakukan oleh anaknya.

Berikutan kejadian tersebut, Diana kini telah mengambil keputusan untuk tidak membenarkan anaknya berkawan dengan kanak-kanak tersebut.

“Memang elok merasa sikit biar ada adab. Bukan nak ‘back up’ anak pun, tapi padan muka. Akhir sekali, panggil Mak suruh selesaikan tapi tak nak mengaku dia provokasi anak kita…”

“Kita dah tak bagi anak kita kawan dengan dia…”

Mengikut pandangan warganet di ruangan komen, kebanyakan menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Muhammad adalah yang sepatutnya.

Walau bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, Diana telah memadam hantaran tersebut.

Lihat Posting di bawah:
IMG 9307

Sumber: X

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Ibu, Ayash Datang Ni Semoga Kita Sekeluarga Berjumpa Di Taman Syurga Ya…” – Anak Bongsu Shuib Ziarah Kubuh Arwah Siti Sarah
Next article“Ingatkan Budak Laki Yang Nyanyi..” – Ramai Terkejut Rupanya Bella Astillah Penyanyi Lagu Diari Ramadhan Rafique

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here