Home Viral Hina Pangkat Anggota Polis, Sekali Inspektor Sheila Tampil Cerita Hal Sebenar

Hina Pangkat Anggota Polis, Sekali Inspektor Sheila Tampil Cerita Hal Sebenar

476
0

‘Inspektor Sheila’ pernah ditular kerana menghina pangkat seorang lagi anggota berpangkat lans koperal. Video tersebut telah mendapat perhatian warganet serta mencetuskan kontroversi.

Selepas beberapa klip durasi pendek disiarkan mengenainya, kini beliau tampil beri penjelasan dan kisah sebenar yang berlaku.

“Video itu hanya separuh, ramai tidak tahu cerita sepenuhnya, kalau nak tahu perangai saya dengan anak buah macam mana, saya memang layan mereka seperti keluarga”

Inspektor Sheila Sharon menjelaskan oerkara itu menerusi satu rakaman audia yang tular. Beliau mengatakan ketika kejadian, dia datang ke Taman Sri Gombak bagi berbincang satu isu dengan dua pihak berkaitan.

“Ketika itu saya dari Bukit Aman, saya datang ke kawasan Gombak sebab ada kes dan isu, saya ada memanggil anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk datang membuat bantuan”

Screenshot 2023 06 20 143637

“Selepas itu, ada seorang peguam turut memanggil anggota dari IPD sama, jadi ada uda motosikal daripada uni t rondaan bermotosikal (URB)”

“Secara tiba-tiba, seorang anggota polis dikenali sebagai Lans Koperal Ariff datang dan sergah ketika perbincangan sedang berlangsung”

Menurutnya, anggota polis itu tidak bertanya apa urusannya sehingga mencetuskan kekecohan di kawasan tersebut.

“Dia minta saya supaya diam dan dia tidak bertanya saya dari mana dan apa urusan saya”

“Kemudian cara dia minta kad kuasa di hadapan orang awam amat mengguris bila dia minta saya bagi kad pengenalan sebagai bukti saya pegawai polis”

Screenshot 2023 06 20 143858

“Kalau dia minta secara berhemah, saya pasti akan bagi kerjasama, cara dia itu tak betul dengan saya, cara cakap, saya pun tidak terdetik nak ambil video ketika itu”

Terdahulu, tular satu rakaman audio iaitu perbualan seorang anggota polis dengan pegawai polis wanita terbabit menerusi aplikasi WhatsApp. Perbualan telefon selama 22 minit itu menjelaskan tindakan pegawai wanita itu didakwa mencemuh anggota polis dalam kejadian di Taman Sri Gombak, Khamis lalu.

Jumaat lalu, tular satu klip durasi pendek memaparkan seorang wnaita yang didakwa sebagai pegawai polis, mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada anggota polis dalam kejadian baru-baru ini, dipercayai berlaku di sekitar Gombak.

Video berdurasi 25 saat itu memaparkan wanita terbabit meninggikan suara dengan mengatakan seorang anggota polis yang ada di lokasi itu sebagai tidak layak menegurnya.

Screenshot 2023 06 20 144706

Pada masa sama, tular satu lagi video berdurasi satu minit 30 saat membabitkan wanita yang sama di kawasan parkir pusat beli-belah di Brickfields. Aksi pegawai wanita dalam dua kejadian berasingan terbabit turut mendapat kecaman daripada netizen.

Kini, Ketua Polis Daerah Brickfields iaitu Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor beri kenyataan bahawa tindakan tatatertib dan pemeriksaan kesihatan mental terhadap pegawai polis wanita itu sedang dijalankan.

Beliau mengesahkan menerima laporan kejadian kekecohan membabitkan pengadu serta pegawai polis wanita terbabit yang berlaku di parkir pusat beli-belah di Brickfields, seperti tular di media sosial.

Kata beliau, kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: SarangBurung

Previous articleAkhirnya Lelaki Ini Cerita 11 Perkara Tentang Ebit Lew, Ramai Tak Tahu Yang Terakhir Tu
Next articleJumpa Duit Di Airport Sebanyak RM10 Juta, Reaksi Wanita Ini Buat Ramai Yang Tak Sangka
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here