Home Semasa “Hampir2 nak kena cium” Bagi Signal Dah Betul Tp Jgnlah Keluar Melulu

“Hampir2 nak kena cium” Bagi Signal Dah Betul Tp Jgnlah Keluar Melulu

156
0

Signal kereta merupakan aset penting yang wajib digunakan apabila hendak memasuki simpang atau ketika hendak menukar laluan. Ia dijadikan sebagai penanda sesebuah kereta justeru dapat memudahkan kereta di belakang untuk mengetahui arah sebenar kereta tersebut.

Baru-baru ini di tiktok @erra.41 tular rakaman dashcam di mana dalam rakaman tersebut memaparkan sebuah kereta yang cuba untuk memasuki laluan di jalan raya. Apa yang menjadi isu adalah apabila kereta tersebut melulu terus setelah memberi signal ke kanan. Signal yang diberikan sudah betul tapi perbuatan pemandu kereta yang melulu terus menjadi isu panas. Keadaan tersebut membahayakan pengguna jalan raya yang lain. Mujur pemilik rakaman tersebut sempat mengelak namun situasi tersebut sedikit berbahaya kerana terdapat kereta dari arah bertentangan. Kejadian tersebut berlaku di Balok Sentral.

Lihat rakaman di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Lihat juga komen warganet :

@mohdhafizuddinbin : yang ni saya setuju. Saya jalan ni hari2 lalu. Satu lagi jalan depan. Ada jalan tak elok, tu pn kena hati2.

@yusriena86 : sabo jela

@AYUGSM_SAKAPAPI : nk g mana kalut2 tu dema

Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk lebih berhati-hati terutama ketika hendak memasuki simpang atau menukar laluan. Hal ini adalah bagi mengelakkan daripada terjadinya kemalangan di jalan raya.

Baca juga : “Steady Bezza Alert” – Rakaman Dashcam Kemalangan Tarik Perhatian

Baca juga : “King Sentiasa Di Depan” – Drone JPJ Tangkap Aksi Lawan Arus

Apa jua tindakan anda sewaktu berada di jalan raya, jangan fikir nak ‘lepaskan’ diri sendiri sahaja. Tolong fikirkan sekali keselamatan orang lain. Jangan disebabkan kealpaan anda, orang lain yang menerima padah.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Tiktok dan Instagram

Previous articleSelamba Bina Bangsal Kereta Tengah Jalan, Tindakan Pemilik Bangsal Ini Buat Ramai Bengang
Next articleReaksi Lelaki Ini Bt Org Rmai Hampir Trkena Serangan Jantung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here