Home Hiburan “Geli Dgn Panggilan Sahabat..”- Ajak Shiro Dedah Perangai Sebenar Shahrol, Kesal Diprovokasi...

“Geli Dgn Panggilan Sahabat..”- Ajak Shiro Dedah Perangai Sebenar Shahrol, Kesal Diprovokasi Demi Politik

332
0

Menerusi temu bual bersama pelawak dan penyampai radio terkenal, Ajak Shiro mula bersuara setelah sekian lama memendam perasaan berkenaan rakan beliau iaitu Shahrol Shiro. Isu yang membuat nama beliau terpalit berkenaan penukaran stesen radio Fizi Ali akhirnya terjawab apabila beliau meluahkan segalanya dalam temu bual pada ketika itu sehingga membuatkan para peminat terkejut akan perihal sebenar.

Dalam temu bual tersebut, Ajak menyatakan bahawa Shahrol terlalu berat sebelah sehingga sanggup membuat satu kenyataan yang meruntuhkan ukhwah persahabatan antara penyampai radio dan hal ini membuatkan Ajak menasihati beliau secara terus terang di dalam temu bual tersebut. Ajak juga menyatakan lagi bahawa beliau sudah tidak gemar jika Shahrol memanggil beliau dengan panggilan sahabat kerana terasa ditikam belakan oleh teman sendiri. Beliau menyatakan bahawa beliau kesal akan tindakan rakan beliau yang sanggup memprovokasi keadaan demi politik serta untuk dikenali ramai pihak.

Rakaman penuh boleh ditonton di :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita


Pelbagai komen diberikan seperti :

@LadyyQueenz :sbb tu kkdg org kta,kita ni ad mlot kne jge,sbb kita ta taw sbb mlot kita,kkdg lbh byk aib2 kita y lain akn dbukak oleh mlot org lain plk

@lulu aw:x prnh tgk si ajak ni marah atau emosi mcm ni. org kutuk dia pun msih positif lg. ni kes dh lama simpan trus meletop dia.

@AliffOmar77:patut laa jep tak suka shahrol tu

@Aziz:Sebab tu Aku tak percaya dah pada ‘sahabat2’ ni. Betul la ayah aku cakap – orang yang rapat dengan kau adalah musuh kau.

@amin : Kata kata ajak nampak disusun dengan sangat baik daripada mula sampai habis. Mesti lama pendam ni.

@hello i’m T:tak pernah aku terpikir yang aku akan melihat duo famous bergaduh. jambu, sepahtu, jozan smua ok. tibe shiro camni rupanya

@Amirah Nordin:Bila orang marah dengan ayat tersusun, percayalah pendamnya lama. Susunan ya tersedia. Hanya tunggu masa untuk diluah.

@pablosamad:mmg kaw² perangai shahrul kne exposed dgn ajak dlm video ni

@ranio:Lama terbuku tu tunggu masa nk lepas je ..mesti skrg dia lega sgt

Hal ini mengejutkan lagi apabila Ajak menyatakan bahawa rakan belia yang pernah bergelar sahabat itu seperti kacang lupakan kulit sejak masuk ke dunia politik. Beliau menjelaskan bahawa beliau dan Shahrol sudah jarang bertemu walaupun isteri Ajak merupakan ahli keluarga Shahrol sendiri. Apa apa pun semoga Ajak dapat menyelesaikan isu ini dengan baik serta dapat terus berkarya dalam industri seni.

Jangan lupa komen yang baik baik

Sumber dari Tiktok dan Instagram

Previous article“Sy Bekerja Sbb Duit..”- Johan Dianggap Mata Duitan, Tukar Stesen Radio Demi RM500K
Next article“Korang Tgk Tk Hayfa Buat Ape..”- Alif Satar Cuba Pertahan ‘Character’ Adam Dalam Risik Pada Hati Buat Ramai Geli Hati
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here