Home Isu Semasa Diganggu oleh Mangsa Scam dan S*ksual, sekali tindakan Zara Zya raih tumpuan

Diganggu oleh Mangsa Scam dan S*ksual, sekali tindakan Zara Zya raih tumpuan

204
0

Pelakon Zara Zya tampil membuat laporan polis ke atas dua individu berkaitan kes penipuan dan gangguan seksual terhadapnya, baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Zara berkata laporan pertama dibuat susulan tindakan seorang individu yang telah menyalah guna gambar miliknya untuk tujuan penipuan atau scam.

Manakala, laporan kedua dibuat susulan tindakan seorang individu yang mengganggunya dengan menghantar mesej dan gambar berbaur lucau.

Anda berani buat, jangan fikir saya tak berani untuk ambil tindakan. Saya telah mengambil tindakan undang – undang dengan membuat laporan polis ke atas dua individu.

Seorang yang terlibat menggunakan nama dan gambar saya dalam penipuan/scam pelaburan dalam talian Facebook (Kerja Kosong Ipoh 2023) baru baru ini.

Dan, laporan polis juga telah dibuat ke atas individu yang telah melakukan “sexual harrasment” ke atas saya dengan gangguan secara lisan, hantaran gambar-gambar tidak sopan dan juga panggilan yang bertubi tubi setiap malam yang mengganggu emosi saya.

Gangguan ini berlarutan sejak beberapa bulan lepas dan menimbulkan ketakutan dan kebimbangan pada saya.

Dalam hantaran sama, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin turut memuat naik gambar dirinya memegang kertas loporan yang telah dibuat.

Selain itu, aktres berusia 37 tahun itu turut berkongsi tangkap layar memaparkan sebuah akaun Facebook yang telah menggunakan gambar miliknya untuk tujuan scam.

Dalam masa sama, Zara juga turut memuat naik rakaman panggilan telefon daripada indvidu yang mengganggunya. Menerusi rakaman tersebut, individu terbabit telah mengeluarkan kata-kata kurang sopan iaitu “saya suka body awak (Zara)”.

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous articleCik B Buat Surprise Pakai Tudung. Ramai Sebak Lihat Reaksi Dato Seri Vida
Next articleIbu dan Kekasih Pengkid Kantoi Dera Anak Lelaki 7 Tahun, sekali Tindakan Jiran Mengejutkan Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here