Home Viral Ibu dan Kekasih Pengkid Kantoi Dera Anak Lelaki 7 Tahun, sekali Tindakan...

Ibu dan Kekasih Pengkid Kantoi Dera Anak Lelaki 7 Tahun, sekali Tindakan Jiran Mengejutkan Ramai

388
0

Menerusi rakaman yang tular di Twitter, seorang ibu dan teman lelakinya yang juga merupakan wanita berperwatakan lelaki teruk dimarahi oleh jiran tetangga selepas kantoi mendera anaknya.

Kejadian berlaku di sebuah perumahan di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang dan kedua-dua suspek dilihat menangis teresak-esak memohon maaf.

Salah seorang jiran berbaju hijau dilihat menengking dan meminta mereka membawa kanak-kanak itu keluar dari rumah terbabit.

Selepas menyelak baju kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun itu, jiran tetangga terkejut melihat keadaan belakang badannya yang terdapat banyak kesan luka.

Kes tersebut meraih perhatian ramai pengguna media sosial dan ramai yang memaki hamun ibu kanak-kanak terbabit serta kekasih pengkidnya itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak memaklumkan ibu tunggal berusia 27 tahun dan temannya berusia 30 tahun itu telah ditahan pihak polis.

Mangsa pula telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan. Kes kini dalam siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Lihat Klip video di bawah:

Sumber: Twitter, Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous articleDiganggu oleh Mangsa Scam dan S*ksual, sekali tindakan Zara Zya raih tumpuan
Next articleBaru 2 Tahun Kahwin, sekali Suami Jadi OKU Hanya Disebabkan Titisan Ubat Selepas Mata Masuk Habuk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here