Home Viral Didakwa Musik Video “Malam Pagi” Berunsur Lucah, sekali Respon Nadhir Nasar Mengejutkan...

Didakwa Musik Video “Malam Pagi” Berunsur Lucah, sekali Respon Nadhir Nasar Mengejutkan Ramai

364
0

Pelakon dan pengarah muda, Nadhir Nasar menafikan muzik video (MV) lagu berjudul Malam Pagi arahannya mempunyai mesej lucah dan berunsur maksiat.

Ketika ditemui dengan Media, Nadhir berkata mesej yang ingin disampaikan dalam MV tersebut adalah realiti sebenar yang mana semua manusia pada akhirnya akan kembali pada Allah.

“Kalau penonton tengok MV itu mereka akan faham, sebab ia adalah sangat direct. MV itu menceritakan bagaimana kehidupan kita, pada akhirnya akan kembali pada Allah juga. Banyak persepsi orang terhadap lagu itu yang bermacam-macam, jadi saya nak ubah persepsi buruk tentang lagu tersebut…” – Nadhir

“Saya adalah seorang yang berpegang pada prinsip dan prinsip saya untuk sampaikan mesej sebagai seorang pengarah. Saya di sini bukan mahu glamour atau famous semata-mata…” – Katanya

“Untuk menjadi seorang pengarah dan menulis jalan cerita bagi sebuah muzik video bukan mudah. Mungkin orang kata MV itu keterlaluan, tapi sebenarnya itu adalah realiti sebenar…” – Katanya lagi

Nadhir berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Super Wira yang berlangsung di TGV Pavilion, Bukit Jalil pada Selasa.

Sementara itu, disoal mengenai dakwaan yang mengatakan MV tersebut memberikan pengaruh buruk kepada masyarkat, aktor berusia 27 tahun itu menjawab setiap individu mempunyai cita rasa dan pendapat yang berbeza.

“Setiap individu mempunyai cita rasa yang berbeza dan susah untuk memuaskan semua pihak. Saya sudah buat pilihan untuk sampaikan mesej apa yang buruk dan apa yang baik. Bergantung pada audience untuk menilai…” – Tambahnya

Dalam pada itu, pelakon drama Projek High Council itu berkata dia tidak berasa risau sekiranya MV berkenaan akan dinilai semula dan digam daripada disiarkan kepada umum.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial mengkritik lirik lagu dan muzik video berjudul Malam Pagi nyanyian Saixse yang didakwa membawa pengaruh tidak baik kepada masyarakat kerana berunsurkan maksiat dan lucah.

Lihat posting di bawah:

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Anak Beranak Dia Semua Pandai Menyanyi. Siti Nurhaliza Dan Umai Nyanyi Lagu Putus Terpaksa, Ziana Zain
Next article“Mummy, Saya Nak Tidur Pun Kena Cantik Tau..” – Aaisyah, Anak Che Ta Siap Pakai Lipstick Dan Blusher Sebelum Tidur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here