Home Netizen “Dia Dua Je, Tak Mrdiy Mesti Speedmart”-Situasi Kedai Dah Mcm Baru Lepas...

“Dia Dua Je, Tak Mrdiy Mesti Speedmart”-Situasi Kedai Dah Mcm Baru Lepas Rusuhan

292
0

Kebiasaannya kedai yang popular pastinya akan menarik ramai pelanggan untuk datang ke kedai tersebut dan situasi ramai pelanggan akan menyebabkan barangan di dalam kedai tersebut bersepah seperti baru lepas rusuhan.

Baru-baru ini tular sebuah video di halaman twitter @ciraplaici di mana dalam rakaman tersebut menunjukkan situasi sebuah kedai Mrdiy yang keadaannya sangat bersepah seperti baru sahaja berlakunya rusuhan di situ. Apa yang membuat netizen marah adalah apabila melihat pekerja di situ seperti tidak mahu mengemas barangan yang bersepah itu.

“Speedmart belum pernah nampak lagi. Tapi mrdiy pernah byk kali. Ada 1 kali tu lebih seminggu terperap stok di atas lantai. Kena letak tape dilarang masuk/stok belum untuk dijual.”

“+ Staf kaki gossip dengan barangnya tinggi melangit”

Baca juga : “Customer Muaz Ni Zombi Ke”-Suasana Kedai Di Muaz Tarik Perhatian Netizen

Baca juga : “Terkejut ! Dulu Mall Ni Ramai Pengunjung, Sekarang Ni Satu Kedai Je”-Tengok Apa Yang Terjadi

Di ruangan komen juga ada yang bercerita pengalaman menjadi pekerja di kedai seperti itu di mana barang memang akan sentiasa bersepah walaupun telah dikemas banyak kali.

“Aku pernah kerja dalam bahagian non food. Sumpah stress gila. Stress sebab dah kemas cantik pun, tak lama customer sepahkan balik. Yang koyakkan packaging, yang ambil pastu main campak, yang mak bapak biarkan anak main toys sampai rosak. Lepastu boss kata kita tak kemas”

“Aku pernah kerja mr.diy and pernah kena situasi macam ni staf tak ade barang banyak nak mati”

“ada je staf kemas tapi tula benda dah elok berbungkus pun orang dok gentel2 nak buka lepastu salahkan staf, customer yg curi barang kitorang yg kena tolak gaji”

“Kerja banyak gaji sikit tambah pulak cust amik barang pastu tak reti letak balik, susun 3 jam tinggal 15 min dh berterabur ex staff mr.diy yang cerita kt aku”

Lihat video di twitter :

Lihat juga komen netizen :

@BdzzrJsmR : Kita positive je la, mungkin tak ramai pekerja kot. Atau abg abg baya tak diberikan “scanner” untuk scan price masuk system. Sbb trust issues. Atau diy tu nak bankrup ke. Positive je. Beli apa kita nak, blah. Hidup ni takyah la collect masalah bnyak bnyak. Pening kang.

@dolahhhh : Ni kalau ada audit ni mmg kene woii

@NnabihahMnasir : Lepastuh barang main letak je ikut dorang. Dengan harga lain , bila scan lain . Nak argue pun malas dah

@HnaRose_ : yang beli barang ni customer ke anak monyet

@MayraQfern : Satu je saya kesian dgn staff diorg,dh kemas apa semua..Ada jenis cust yg suka sepah dan saya sebagai cust Mr.Diy pun sedih tgk brg hilang tapi kotak ada. Patutlah Mr.Diy dkt Imago sabah merata rata CCTV.

@Deyla : Dia sebut masyarakat kampung padahal masyarakat bandar punya perangai

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Twitter

Previous article“Dia Nyanyi Lagu Juwita Sebiji Macam Arwah Saleem, Sedap Betul Suara Dia..” – Netizen
Next article“Jiwa Mat Rock Tu Masih Kental, Rock Ooo..” – Bukan Sahaja Perwatakan, Suara Pun Padu Nyanyi Lagu Exist

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here