Home Viral Di hon sebab menggunakan telefon ketika memandu, sekali tindakan lelaki mengamuk mengeluarkan...

Di hon sebab menggunakan telefon ketika memandu, sekali tindakan lelaki mengamuk mengeluarkan sebilah mengejutkan ramai

219
0

Menerusi sebuah klip video di Facebook menunjukkan beberapa orang pemuda sedang berkerumun di stesen minyak Petron. Klip video tersebut menunjukkan seorang lelaki yang sedang mengamuk kerana telah di hon oleh sebuah kenderaan disebabkan tindakan beliau yang memandu sambil melihat skrin telefon bimbit.

Namun begitu, tindakan lelaki yang mengamuk itu lebih membimbangkan lagi apabila beliau telah mengeluarkan sebilah pedang dan mengalukan kepada pemandu yang telah membunyikan hon kepadanya. Tindakan lelaki tersebut mendapat perhatian ramai apabila beliau semakin dekat ingin menikam individu yang telah hon kepadanya bersama pedangnya itu.

Ramai yang berada di tempat kejadian cuba sedaya upaya untuk memisahkan pertelingkahan antara lelaki tersebut dan pemandu yang telah membunyikan hon tersebut. Lebih mengeruhkan keadaan apabila, lelaki tersebut tidak mahu memberhentikan tindakannya ke atas individu yang tidak bersalah itu.

Rata-rata yang melihat klip video tersebut sangat terkejut dengan sikap yang telah ditunjukkan oleh individu itu. Lebih menakutkan apabila ia akan menjadi contoh kepada generasi-generasi akan datang. Ada juga yang merakam untuk menunjukkan kepada pihak PDRM supaya diambil tindakan.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat apa kata orang ramai:

Munshi Ghani: Alah comel je. Mcm anak aku bila marah. Lagi di pujuk lagi menjadi2. Pang kang. Biase je die tu. Bang berat hukuman abg akan kena nt tu. Senjata berjadual. Samurai plak tu. Silap2 berlayar lah di tirai besi lama nt. kesian anak isteri kalau dah kahwin. Nt keluar payah dh nak dapat kerja. Org mcm kte ni kalau bekas banduan nk dapat kerja susah bang.
Nt pasti abg akan ckp “KALAU” lah aku boleh berfikir secara waras dan x ikut marah mesti x kan jdi mcm ni. La ni redho je lah bang

Hafeez Mohammed: Simpan senjata tajam yang mengundang kegusaran awam 1 kesalahan..mengacukan senjata tajam pada orang awam 1 kesalahan..pedang samurai tu..bukan pedang ultraman yang keluar cahaya dan bunyi letak bateri tu

Raja Ahmad Talmizi: Kesalahan pertama memiliki senjata berjadual 5 tahun penjara, kesalahan kedua menakutkan orang awam dengan senjata 5 tahun penjara. Kesian anak bini hilang tempat bergantung disebabkan sikap panas baran dan gengster suami.

MU FC: Stnby la kna pnjara..jap g kne kutip la tu org lain pn ade samurai gak tp wooo xberani nk tnjuk la xpsal² lpak lokap..

Ayi Aje: Harap bdn je besar tp otak kecik..nnti da kena angkut..lpas tu minta maaf.. tekanan katanya…sikit2 nk keluar pedang..kira power sngt la da tu..hak tuih ar.

Ad Al-Hadi: Abam samurai plakk dahh😁…mcm2 gelaran kat Malaysia laaa nih…kena hon pun marah padahal salah sendiri…bistu hon tuh psg nak buat apa…takkan nak keluar kepala kat tngkap jerit ketepi ketepi…adoiii

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Facebook

Previous articleTerlepas dari pegangan bapa ketika naik kayak, Bapa sebak laungkan azan cari bayinya yang lemas
Next articleSedang shooting drama Rampas Cintaku 2, Adegan Fasha Sandha Cium Afieq Shazwan meraih tumpuan ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here