Home Isu Semasa Terlepas dari pegangan bapa ketika naik kayak, Bapa sebak laungkan azan cari...

Terlepas dari pegangan bapa ketika naik kayak, Bapa sebak laungkan azan cari bayinya yang lemas

208
0

Menerusi posting di Instagram milik Kosmo! menunjukkan seorang bapa yang sedang melaungkan azan untuk mencari anaknya yang lemas di sungai. Seorang bayi berusia setahun 7 bulan lemas selepas bapanya terlepas pegangan ketika sedang menaiki kayak di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, Baling.

Bapa tergelincir, bayi terlepas

Memetik laporan dari Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat memaklumkan yang bapa mangsa berusia 30 tahun dipercayai tergelincir sebelum bayi yang dipegang terlepas dari pegangan dalam kejadian sekitar 11.50 pagi tadi.

Mangsa, Adryan Mikail Mohd Afiq difahamkan telah dihanyutkan arus sungai sehingga ke Kampung Sungai Limau.

“Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di tempat kejadian” ujarnya.

Jumpa lepas 10 minit laung azan

Menerusi perkongsian video yang dibuat Instagram Kosmo! dapat dilihat bapa mangsa telah melaungkan azan dalam keadaan sebak sebagai salah satu ikhtiar anaknya ditemui segera.

Lebih kurang 10 minit azan dilaungkan, mayat bayi berkenaan berjaya ditemui.

Mayat Adryan Mikhael Muhammad Afiq telah ditemui sekitar jam 12.45 tengah hari tadi dengan bantuan penduduk setempat.

Jenazah juga telah dibawa ke Hospital untuk tindakan lanjut.

Lihat klip video di bawah:

Lihat apa kata orang ramai:

@aku_ninja_kim: Semoga jumpa anak dia… Tp kenapa kita tak peka hal keselamatan. Jgn kata benda nak jadi. Tapi kena fkr dia bayi lagi.. kecewa dgr hal macam ni. Kerana nak seronok anak masih kecil terlibat sama

@josette181: Ada jugak bapa yang tak fikir keselamatan anak anak.. tapi dah kententuan Allah SWT. Alhamdulillah kita masih berpegang pada agama or else kita akan bagi comment guna perasaan saja

@sayangabang96: Lain kali bwk yg sebulan bru lepas pantang..dh thu bahaya utk budak2 lgi xde akai tul…dh terjadi bru nk menyesal .memang ajal maut kt tangan Allah..tpi Allah pun bagi kita fikiran UTK berfikir ..menyesal dh xberguna..vodo jgk manusia ni dibagi akal

@dalsambal90: Usia bawah 3 tahun tidak digalakkan aktiviti mcm tu. Walaupun pakai pelampung. Tgok air Sungai pun deras semacam. Peringatan utk org lain juga.

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Buletin TV3, Instagram Kosmo!

Previous articleUnik Suara Lah Ahmad Ni, Dah Macam John Legend Malaysia
Next articleDi hon sebab menggunakan telefon ketika memandu, sekali tindakan lelaki mengamuk mengeluarkan sebilah mengejutkan ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here