Home Viral “Dan Harini Aku Menangis Berpelukan Dengan Anakmu Wahai Abang…” – Ali Puteh

“Dan Harini Aku Menangis Berpelukan Dengan Anakmu Wahai Abang…” – Ali Puteh

93
0

Sesudah isu tuntutan saman bernilai RM75K Hidayah terhadap Ali Puteh hampir menemui pengakhirannya, Ali Puteh memuat naik tangkap layar ketika beliau menjadi pemenang di pentas Maharaja Lawak Mega, MLM.

Ali yang mengatakan bahawa pelukan terakhirnya bersama abangnya iaitu Allahyarham Abam Bocey adalah pada tahun 2019 dan selepas 4 tahun berlalu, ini merupakan pelukan pertama dirinya bersama anak kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Syed Uthman Hamzah.

“Allah maha mengetahui segala-galanya perasaan ini, tiada apa yang mampu saya ucapkan hanya bersujud syukur dengan segala ujian ini…” – Ali Puteh

Pelawak tersebut turut mengatakan bahawa ia seperti memeluk abangnya yang dulu dan beliau turut mengungkapkan kata-kata rindu terhadap Allahyarham Abam.

“Serasa seperti memelukmu dulu bang, sesungguhnya aku rindu…Teramat rindu mu Abang…” – Ali Puteh

Lihat posting di bawah:

@aliputeh89Allah maha mengetahui segala galanya perasaan ini.. Tiada apa yg mampu sy ucapkan hanya bersujud syukur dengan segala ujian ini.. membesar dengan baik wahai syed uthman hamzah.. 4tahun lepas kite berpelukan meraikan kemenangan.. Dan harini ini aku menangis berpelukan dengan anakmu wahai abang.. Segala galanya sudah tertulis dari allah.. Insyaallah hubungan silaturahim anak anak kita tidak sesekali akan terputus.. Insyaallah

♬ original sound – aliputeh

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Jangan Meninggi Diri Ye..”- Berduet Dengan Cakra Khan, Siti Nurhaliza Beri Pesanan Kepada Umai
Next article“Padahal Kami Berdua Tak Bergaduh Pun..” – Kerap Dibanding, Ernie Zakri Kongsi Berasa ‘Awkward’ Dengan Aina Abdul Kerana Komen Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here