Home Dunia Caprice Tiada Masalah Jika Coldplay Buat Konsert Di Malaysia Tetapi Dengan Syarat

Caprice Tiada Masalah Jika Coldplay Buat Konsert Di Malaysia Tetapi Dengan Syarat

176
0

Ariz Ramli atau dikenali sebagai Cprice merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman, ahli perniagaan dan penceramah motivasi Malaysia. Beliau dilahirkan pada 25 Julai tahun 1988, berasal dari Negeri Sembilan. Kebanyakkan lagu-lagunya dinyanyikan dalam bahasa Inggeris, ‘Lenglui’ dan ‘Dem Girls’ telah melonjakkan beliau ke aliran arus perdana walaupun ramai yang tidak mengetahui lagu itu. Caprice juga merupakan pengasas bagi aplikasi pendidikan Classruum dibawah Cprice Technologies.

Baru-baru ini isu mengenai kumpulan penyanyi terkenal iaitu Colplay bakal mengadakan konsert di Malaysia menjadi bualan hangat oleh warganet apabila dikatakan mereka menyokong golongan ‘songsang’. Bagaimanapun, Caprice tampil memberi pendapat bahawa beliau tiada masalah jika kumpulan tersebut mengadakan konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Baca lagi: Caprice Ajak Orang Ramai Boikot Barangan Sweden, Tapi Teruk Pula Kena Kecam Dengan Netizen

Baca lagi: Naufal Azrin Hampir Tersingkir, Sekali Pemakaian Ketika Menyanyi Pula Jadi Bahan Lawak Netizen

Screenshot 2023 05 16 115739

“Bagi Cap, tiada masalah Coldplay nak mai buat konsert kat Kuala Lumpur. Asalkan dia tak keluarkan bendera pelangi dan hormat budaya orang rumah, Insya-Allah kita selamat” -Kata Caprice

Caprice juga mengatakan pihak mereka haruslah mempermudahkan urusan penganjuran majlis agama di Kuala Lumpur seperti pentauliahan selain memberi sokongan setimpal dengan hiburan. Beliau juga menafikan tuduhan beberapa pihak yang mengatakan penganjuran konsert terutama dibawah kepimpinan kerajaan perpaduan sekarang menjadi punca keruntuhan agama Islam.

Caprice turut menyoal mengenai konsert yang telah dibuat oleh penyanyi antarabangsa iaitu Billie Eilish, yang juga menyokong ‘bendera pelangi’ dibenarkan mengadakan konsert di Malaysia.

Screenshot 2023 05 16 115350

“Dan yang dok pertikai Coldplay ini pro-pelangi dan kerajaan sekarang pro-pelangi. Hang tau ke tak siapa bentuk kerajaan waktu Billie Eilish adakan persembahan di Kuala Lumpur”

“Hang tau ke tak siapa kerajaan Malaysia yang Billie Eilish boleh adakan persembahan di Malaysia ni? Kalau hang kata kerajaan sekarang tak berguna, dulu pun tak berguna, habis tu korang nak siapa bentuk kerajaan Malaysia? Ayah Pin?”-Soalnya

Jelas Caprice lagi, konsert tiada dalam senarai yang boleh merosakkan akidah umat Islam seperti dadah, gangsterisme, buli, judi dan rasuah.

Beberapa pihak juga meminta konsert Coldplay dibatalkan kerana khuatir ia bakal menyebarkan agenda LGBT kerana mengibarkan bendera pelanginya pada konsert baru-baru ini.

Screenshot 2023 05 16 121908

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia

Previous articleIni Mindset Orang Kaya Buat Duit Dalam Dunia Kewangan, Ikuti Langkah-Langkah Ini
Next articlePenampilan Aina Abdul Dikecam Halang Penonton Belakang, Sekali Ini Respon Beliau
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here