Home Dunia Penampilan Aina Abdul Dikecam Halang Penonton Belakang, Sekali Ini Respon Beliau

Penampilan Aina Abdul Dikecam Halang Penonton Belakang, Sekali Ini Respon Beliau

263
0

Nurul Aina Abdul Ghani atau dikenali sebagai Aina Abdul merupakan seorang penyanyi, penulis lagu, komposer dan pelakon wanita Malaysia. Beliau dilahirkan pada 25 Oktober tahun 1993, berasal dari Negeri Sembilan. Beliau memulakan kerjayanya sebagai salah seorang peserta Mentor Legend sebagai anak didik kepada penyanyi rock iaitu Ella, di mana beliau telah dinobatkan sebagai naib juara.

Baru-baru ini Aina Abdul menjadi seorang juri tetap bersama Ajai dan beberapa juri jemputan di dalam pertandingan nyanyian yang dikenali sebagai Big Stage musim kelima. Penampilan Aina Abdul dengan imej berturban tinggi pada minggu kedua telah mendapat kecaman dari warganet yang mengatakan penampilan beliau telah menghalang padangan penonton yang duduk di belakangnya.

Baca lagi: “Kalau Pejam Mata Mesti Ingat Aina Abdul Yang Nyanyi, Sedap Betul Suara Dia..” – Netizen

Baca lagi: Video Sempena Hari Ibu, Lakonan Uwais Buat Ramai Yang Sebak

Screenshot 2023 05 16 125505

Beberapa netizen juga memberi komen agar Aina Abdul memikirkan perasaan penonton yang duduk di belakang kerusi juri serta penampilannya tidak sesuai di kawasan sebegitu. Ada juga yang memberi kecaman kepada beliau bahawa penampilannya terlalu ‘over’ dan pemakaian beliau hanya sesuai jika adakan persembahan sahaja.

Lihat apa kata orang ramai:

Screenshot 2023 05 16 131100

Menerusi laporan Harian Metro, Aina Abdul memaklumkan pada mulanya turban tersebut lebih tinggi tetapi terpaksa dipotong sedikit demi keselesaan.

“Bila saya mencuba turban itu, saya percaya bukan sahaja netizen, malah penerbit program pun akan dikecam sebab itu kami potong sedikit”

“Saya akui turban yang digayakan itu berat kerana selepas peserta kepalan mengadakan persembahan, saya mula rasa tidak selesa dan sakit kepala”

Namun begitu, Aina mengatakan beliau dan pasukan memang melakukan perbincangan pada setiap minggu mengenai fesyen yang ingin ditampilkan.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Ohmymedia

Previous articleCaprice Tiada Masalah Jika Coldplay Buat Konsert Di Malaysia Tetapi Dengan Syarat
Next articleBabak Lakonan Shaheizy Sam Tayang ‘Sixpack’ Dalam Filem Polis EVO 3, Tarik Perhatian Ramai
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here