Home Dunia Naufal Azrin Hampir Tersingkir, Sekali Pemakaian Ketika Menyanyi Pula Jadi Bahan Lawak...

Naufal Azrin Hampir Tersingkir, Sekali Pemakaian Ketika Menyanyi Pula Jadi Bahan Lawak Netizen

337
0

Ahmad Naufal Azrin merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia. Beliau dilahirkan pada 7 September tahun 1999, berasal dari Kuala Lumpur. Naufal turut popular menerusi lagunya bersama Nuha Bahrin yang berjudul ‘Casablanca’ dan telah mendapat sambutan orang ramai. Sebelum ini beliau juga merupakan bekas ahli kumpulan nasyid iaitu Zayne yang ditubuhkan pada tahun 2019, namun meninggalkan kumpulan tersebut pada tahun 2022 untuk meneruskan kerjaya solo.

Baru-baru ini Naufal Azrin menjadi salah seorang peserta Big Stage 2023 (musim kelima), yang telah memulakan tayangan perdana pada 7 Mei 2023 yang lalu. Selain itu, pertandingan musim kali ini menampilkan peserta tempatan, di sampung peserta dari Indonesia, Singapura dan Korea Selatan.

Baca lagi: “Alamak, kantoi sangat ni” – Live Ku Ikhlaskan DSV Di Big Stage Rupanya Miming?

Baca lagi: “Tak Mahu Meros4kkan Industri Sebenarnya, Saya Sedar…,” – Iqbal Zulkefli Nak Tarik Diri Big Stage 2022?

Screenshot 2023 05 15 124037

Big Stage 2023 minggu kedua kali ini beliau membawa lagu berjudul ‘Generasiku’ oleh kumpulan penyanyi asalnya iaitu OAG. Nyanyiannya baru-baru ini telah mendapat komen yang pedas daripada Ajai serta hampir disingkirkan setelah Ajai berbincang semula dengan Aina Abdul dan penyingkiran tersebut jatuh kepada Isaac Voo.

Naufal juga mendapat kecaman daripada warganet bahawa pemakaian untuk persembahan beliau terlalu menonjol.

Netizen turut memberi komen mengenai isu ini, mengatakan bukan sahaja pemakaian beliau yang menonjolkan namun nyanyian Naufal juga dikritik. Ada juga yang mengatakan pemakaian beliau dahulu tidak sebegini kerana tertutup dan pemakaiannya turut tidak terdedah. Pemakaian Naufal juga dijadikan bahan lawak diruangan komen.

Screenshot 2023 05 15 124104

Lihat apa kata orang ramai:

Comodo Malaya Juna: Laki xdk masalah.. Klu pompom mcm sparuh bogel elok plak,pakaian mcm hanat boleh plak..

Dean Hashim: Dah la.si aina dgn fashion dari jauh ku nmpak dah terbayang kuih ketayap …da mcm sayur lettuce pon ada …..yg menynyi plak fokus je la pada nyayian …perbaiki dari minggu ke minggu yer dek ..

Kaer Joseph: Saya cuma nak puji improvement Naufal. Kalau minggu lalu tayang bulu dada, minggu ni tayang bulu ketiak haluis dan lengan sasa manjah . Naufal mmg lazat utk dinikmati seisi keluarga.

Rideone MC: Tapi heran megapa juri bagi markah Issac tinggi dari Naufal kalu nak singkirkan Issac. Nampak tak professional.

Farhan FZ: Dulu Ok Jaa..smart mancho la jugak,sekarang ntah la stlye mat saleh mana dia tiru ikut,mudah trpengaruh budak ni..harap2 x ikut cam penari power ranjers lagu raya tuu

Hamidah Hadim: Koyak bju atas pentas.itu bigstage tejaan beribu2 ringgit hiburan jer

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Mstar

Previous articleVideo Sempena Hari Ibu, Lakonan Uwais Buat Ramai Yang Sebak
Next article‘Ter’buang Duit Hampir RM90 Ribu Dalam Plastik Hitam, Sekali Ini Reaksi Lelaki Tersebut
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here