Home Kisah rakyat “Bukan Orang Gila.. Dia Mungkin ‘Ahli Syurga’..”-Cerita Sebak Buat Ramai Terharu

“Bukan Orang Gila.. Dia Mungkin ‘Ahli Syurga’..”-Cerita Sebak Buat Ramai Terharu

114
0

Dalam hidup kita, kita pasti pernah ternampak satu susuk tubuh yang kelihatan seperti tidak terurus, sangat kotor, busuk dan sebagainya. Mereka yang berpakaian seperti ini sering dilabel sebagai orang gila. Tapi tidak semua orang seperti itu merupakan orang gila cuma keadaan yang membuatkan mereka kelihatan seperti itu.

Di twitter tular sebuah cerita di mana seorang perempuan yang bernama Nadia bertemu kembali dengan klien lamannya. Nadia atau Puan Nadia ini merupakan wanita yang bekerja di bahagian AADK atau Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Puan Nadia yang ketika itu membawa anak-anaknya pergi ke 7e terkejut apabila seorang lelaki yang tidak terurus menegurnya di kaki lima sekitar kedai tersebut. Puan Nadia pada awalnya tidak mengecam lelaki tersebut namun setelah lelaki tersebut memberitahu bahawa Puan Nadia pernah menjaganya suatu ketika dahulu barulah perempuan itu teringat cerita 9 tahun yang lepas.

“”Awak ingat saya lagi? Nama awak sapa..”

“Norazlan puan.. puan jaga saya dulu masa saya dalam pengawasan..”

MasyaAllah.. awak la Azlan.. awak boleh ingat saya lagi.. kenapa duduk sini.. mana keluarga awak.. tak duduk rumah ke.. sekarang kerja apa..”

Tambah Puan Nadia sendiri dia sedih melihat keadaan lelaki tersebut yang tidak terurus. Difahamkan ibubapanya telah meninggal dunia.

“Tersentuh sangat rasa hati.. bergenang air mata.. bekas klien yg ini.. bukanlah mcm kita.. orangnya kelainan upaya (mental) kerana sejarah hidupnya.. terjebak dadah kerana dianiaya.. namun beginilah takdir hidupnya..”

Lihat cerita penuh di bawah :

Lihat juga apa komen warganet :

“puan nadia ni keja AADK… semoga mereka di permudahkan urusan”

“lagu mana nk hubungi cheq pompuan tu , nk hadiahkan kereta mainan utk sedara tu , simpati . Moga dipermudahkan urusan kehidopan ,keselamatan dan kebajikan dia.”

“masuk habuk pulak dah mata ni”

“Aduhhh, mana datang pulak habuk ni masuk ke mata. Alhamdulillah, peringatan untuk diri sendiri, hindari lah dari dadah, selalu buat baik dengan org sekeliling, kdg kala kita di uji Tuhan, sama ada kita sanggup ker nak bantu orang lain dlm kesusahan walaupun menderma sedikit”

“Sedihnyaaa.. Terjebak isap dadah sebab dianiaya . Pls lar tuhan, bagi dia second chance”

“Baik abg ni mmg betul tak penah kacau org. Kitorg panggil Lan Aduk. Dulu penah kes budak JNT buli abg ni pastu ramai2 org turun cari budak yg buli tu tangkap bawak g balai.”

Begitulah.. kisah klien istimewa.. mungkin ahli syurga.. kadang-kadang.. insan sebegini lebih mengenang budi dan jasa dari yang lebih sempurna..

Kita memang tak selalu bertemu orang yang baik.. tapi tetaplah jadi baik untuk setiap orang yg kita temui..

Kredit: Nadia Hazmi

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Twitter @isusemasaviral

Previous articleBagi Free Nasi Lemak Rm1, Pelanggan Tolak Sbb Trlalu Murah
Next article“Pandai Baca Dan Hafal Surah Lazim”-Gadis India Ni Buat Ramai Teruja

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here