Home Viral “Biarlah Orang Nak Ejek Gelakkan Anak Mommy Ni Gelap…” – Eka Sharif...

“Biarlah Orang Nak Ejek Gelakkan Anak Mommy Ni Gelap…” – Eka Sharif AF9 Kecil Hati Anak Jadi Bahan Lawak

297
0

Penyanyi Eka Sharif berasa marah apabila kulit anak keduanya, Miya Luthfiya, menjadi sumber ejekan dan tertawaan di depan orang ramai.

Eka atau Nur Atiqah Shariffuddin, 36, menyatakan bahwa ini merupakan kali pertama anak perempuannya menghadapi ejekan semata-mata disebabkan oleh warna kulit gelap yang dimilikinya.

Menurut bekas peserta program Akademi Fantasia 9 (AF9) ini, dia selalu tidak menghiraukan kata-kata orang mengenai perkara itu. Namun, kali ini, dia merasa terpanggil untuk bersuara.

“Situasi ini adalah pertama kali anak saya kena gelak kerana berkulit gelap. Sebelum ini ada saja yang menegur kulit dia gelap berbanding abangnya…” – Katanya

“Saya okay saja tidak ambil hati sebab kadang-kadang kita tahu orang hanya menegur dengan baik atau bergurau…” – Katanya lagi

“Tak tahulah kadang-kadang orang ni memang mulut jahat, kan. Saya memang kenal sangat dengan makcik ni. Bukan ahli keluarga kami tetapi saya sudah mengenalinya agak lama…” – Jelasnya

“Saya terkedu apabila dia mentertawakan anak saya kerana berkulit gelap. Apa yang saya boleh cakap, tak mengapalah nak buat macam mana. Janji anak saya sihat…” – Jelasnya lagi

Dalam pada itu, Eka memberitahu dia terkejut dengan reaksi yang diberikan oleh seorang wanita yang sudah berusia ketika ditemui pada sebuah majlis keramaian. Eka dan suaminya, Nazrulnaim Abdul Jabar, bagaimanapun tidak mahu mengambil pusing dengan cemuhan itu. Sebaliknya, mereka bersyukur kerana dikurniakan zuriat yang sihat.

Lihat Posting di bawah:
IMG 7406

Sumber: Facebook

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Semua Benda Nak Marketing Zaman Sekarang Ni..” – Alif Teega Dan Aisyah Hijanah Bakal Lancar Lagu ‘Teristimewa’
Next article“Muka Je Nampak Baik Tapi Macam Set@n.” – Kekasih Aniq Suhair Dakwa Dipukul, Siap Tunjuk Bukti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here