Home Uncategorized “Muka Je Nampak Baik Tapi Macam Set@n.” – Kekasih Aniq Suhair Dakwa...

“Muka Je Nampak Baik Tapi Macam Set@n.” – Kekasih Aniq Suhair Dakwa Dipukul, Siap Tunjuk Bukti

195
0

Nama Aniq Suhair dalam dunia seni tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajah tampan serta bakat lakonan yang padu itu sudah tentu menjadi bualan peminat.

Heboh di laman sosial apabila seorang wanita mendakwa telah dipukul oleh kekasihnya yang dipercayai seorang pelakon sehingga menyebabkan kecederaan dan kesan lebam di bahagian muka serta tubuh. Wanita yang dikenali sebagai Emylia Marzuki itu mendakwa, setiap kali dia mendapat tahu kekasihnya berlaku curang, pelakon tersebut bertindak mengasari dan mencederakannya.

aniq1

Menurutnya, dia telah menerima 12 jahitan selain kesan luka yang teruk akibat kecederaan tersebut.

Dakwa Emylia lagi, kekasihnya itu juga telah menipu orang ramai apabila tidak mengaku bersalah di atas perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan sebelum ini.

Emylia mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di TikTok berserta beberapa foto memaparkan bahagian tubuh dan mukanya yang cedera.

Dalam perkongsian sama, Emylia turut memuat naik bukti laporan kesihatan.

aniq2

Tambah wanita terbabit lagi, aktor itu juga didakwa pernah berjanji untuk berubah dan tidak mahu lagi mengasari dirinya, namun hanya ‘cakap kosong’.

Meskipun Emylia tidak mendedahkan nama kekasihya, namun rata-rata wargamaya mendakwa aktor yang dimaksudkan ialah Aniq Suhair.

Menguatkan dakwaan lagi, apabila mereka sebelum ini didakwa mempunyai hubungan istimewa.

Previous article“Biarlah Orang Nak Ejek Gelakkan Anak Mommy Ni Gelap…” – Eka Sharif AF9 Kecil Hati Anak Jadi Bahan Lawak
Next article“Buang Tudung Bukan Sihir, Tapi Peel…” – Ustaz Dusuki Bidas Isu Nonny Nadhirah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here