Home Viral “Betul-betul anak paskal…” – Anak Hairul Azreen dicampak banyak kali ke dalam kolam

“Betul-betul anak paskal…” – Anak Hairul Azreen dicampak banyak kali ke dalam kolam

168
0

Hairul Azreen merupakan seorang pelakon, pengarah filem dan usahawan lelaki Malaysia. Beliau telah berkahwin dengan pelakon, model dan usahawan wanita iaitu Hanis Zalikha dan hasil daripada perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Menerusi satu klip video di akaun Tiktok milik beliau iaitu hairul_azreen88 menunjukkan beliau sedang berada di tepi sebuah kolam renang bersama anak perempuannya, Alisa. Klip video tersebut menunjukkan Hairul yang “mencampak” anaknya berkali-kali ke dalam kolam untuk melihat prestasi berenang anaknya.

Rata-rata netizen mengatakan jika mereka dicampak, mereka pasti tidak akan timbul kembali. Ramai juga yang mengatakan bahawa Alisa betul-betul merupakan anak seorang Paskal. Ada juga yang mengatakan bahawa mereka kagum melihat prestasi Alisa yang banyak ‘improvement’.

Klip video tersebut mendapat sambutan hangat dan mempunyai sebanyak 2M tontonan, 30K sukaan dan 300 komen. Jangan lupa komen yang baik-baik.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @cepatberita

Lihat apa kata orang ramai:

@DANGG: kalau aku kene campak tu , memang semua ahli keluarga berkumpul dah lepas tuu

@zaty selamat: klu aku kena campak mcmni,dh sampai ke dunia lain dah wei

@Zulhafiza Dahri: arwah ayah aku dulu dia selam kepala aku dlm sungai bila igt balik tu kngan yg indah

@Ceo Gastrik: saya pandai berenang tapi xsampai ati nak ajar anak berenang sbb perit mat nak pandai berenang.

@CEO OF PETRONAS: tak sempat membe nk ambek nafas dah kene campak balik

@Fyaa: kalau aku kena campak auto takde dalam swimming pool tu ada kat alam lain dah

@misssya_NSS: Tgok org mandi kolam ke apa2 mcm sronok tp knp bila kta tgok pn ketar lutut.. Xblh tgok air byk rsa mcm air tu nk telan

Sumber: Tiktok, Wiki

Previous articlePelakon Wanita Terkenal Cedera Dipukul Suami Kerana Menolak Untuk ‘Bersama’
Next article“Sarah tu masih bini org kot..” – Pemuda Tawar Diri Jadi Suami Puteri Sarah Terima Kecaman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here