Home Viral “Besar Gila Patutlah Merentan Kena Keluar…” – Netizen Faham Keputusan Shila Amzah...

“Besar Gila Patutlah Merentan Kena Keluar…” – Netizen Faham Keputusan Shila Amzah Terhadap Keluarga

415
0

Setelah dua bulan terlibat dalam kemelut keluarga, penyanyi Shila Amzah akhirnya berkongsi kondisi rumah banglonya yang telah dikosongkan. Rumah tersebut, terletak di Hulu Langat, Selangor, ditunjukkan melalui sebuah video di Instagram miliknya setelah melalui proses pembersihan dan disiapkan untuk dijual kepada yang berminat.

“Alhamdulillah dah boleh buat tour, terima kasih kerana tolong bersihkan, kalau Sha dan Ubai buat memang jenuh kitaorang…” – Shila Amzah

Dalam video tersebut, Shila Amzah memperlihatkan seluruh isi rumah, termasuk ruang tamu, dapur, bilik tidur, dan bilik air. Menurutnya, rumah banglo dua tingkat ini mempunyai 12 bilik tidur, dan setiap bilik dilengkapi dengan bilik air sendiri.

“Besar gila, patut lah merentan kena keluar. Jenuh nak kemas, nak bersih. Kalau banjir memang masaklah. Ya Allah besarnya rumah ni, memang jenuh nak jaga dan cuci bagai. Kalau duduk 10 orang pun tak sempit…” – Netizen

Antara komen-komen yang ditinggalkan netizen menyatakan pemahaman mereka mengenai keputusan keluarga Shila untuk meninggalkan rumah besar itu dan pindah ke rumah yang lebih kecil. Sebelum ini, pertelingkahan timbul di antara keluarga Shila setelah penyanyi itu dituduh menghalau ahli keluarganya dari rumah. Shila telah menepis dakwaan tersebut, dan sebaliknya, menyatakan niat untuk membeli rumah yang lebih selesa bagi mereka.

Lihat Posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Sis Harus Belajar Lebih Banyak Lagi Tentang Islam…” – Diana Danielle Dikecam Promosi Restoran Cina
Next article“Semoga Roti Wap Ini Membawa Ketenangan Dan Kebahagiaan Untukmu…” – Aisyah Hijanah Titip Pesan Pada Aliff Teega

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here