Home Sedih “Bawak kereta member kena hati-hatilah…” – Pekin Ibrahim sebak Kereta GR Yaris...

“Bawak kereta member kena hati-hatilah…” – Pekin Ibrahim sebak Kereta GR Yaris Kansai ‘Total Lost’ disebabkan rakan

216
0

Pelakon, Pekin Ibrahim ternyata kecewa namun reda apabila kereta GR Yaris Kansai D1 Edition miliknya yang baru sahaja tiba dari Jepun ‘total lost’ selepas terlibat dalam satu kemalangan baru-baru ini.

Menerusi hantaran video dimuat naik di TikTok, Pekin menjelaskan bahawa bukan dia yang memandu kereta baharunya itu sebaliknya, ia dipandu oleh seorang rakannya.

Okay geng, Assalamualaikum, nak bagitahu ya bukan saya yang bawa GTR tu. Yang bawa adalah kawan saya, Amirul nama dia.

Tiga orang masa kejadian, abang Arif yang duduk di sebelah pemandu, Faiz duduk belakang Tiga-tiga selamat, Alhamdulillah.

Adalah yang patah bahu, cedera tu ada tapi ketiga-tiganya selamatlah. Jadi kita doakan diorang cepat-cepat sembuhlah.

Meskipun sedih dan terkilan dengan apa yang terjadi, pelakon filem Rock Oo! itu meminta kepada wargamaya untuk menghentikan segala khabar angin yang tidak betul dengan mengatakan mereka yang terlibat dalam kemalangan itu meninggal dunia dan berlumba sehingga menyebabkan kemalangan.

Pekin turut memaklumkan bahawa dia dan rakan-rakannya itu akan menyelesaikan perkara ini sejurus sahaja mereka sembuh dari kecederaan yang mereka alami.

Berhentilah sebarkan perkara-perkara yang bukan bukan mengatakan meninggal lah, berlumba lah.

Sebenarnya benda berlaku sekelip mata. Kita tak tahu ya, semuanya berlaku atas Qada’ dan Qadar.

Benda ni kami akan bincang selepas semuanya sembuh, semua dah sihat kita akan bincang macam mana nak selesaikan ini.

Di akhir videonya itu, suami kepada pelakon Mona Allen itu sempat menitipkan pesanan buat semua yang menonton untuk sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya.

Apa-apa pun untuk korang, berhati-hati di jalan raya.

Bawa kereta ‘member’, kena hati-hatilah itu je saya boleh cakap.

Difahamkan, kereta jenis GR Yaris Kansai D1 Edition milik Pekin itu mendapat sentuhan istimewa oleh pemilik Kansai Service di Jepun dan baru sahaja tiba di Malaysia lebih kurang seminggu yang lalu.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial memaparkan keadaan kereta Toyota GR Yaris milik Pekin yang ‘total lost’ selepas terlibat dengan kemalangan.

Lihat klip video di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @daebakingcosmetics

Lihat apa kata orang ramai:

@BiyekHemboss💨: “Bawa keta member, kena hati2lah. Tu je boleh ckp” – Pekin Ibrahim

@Madley Musa: Saya mmg follow rapat GR Yaris tu dari Kansai lg.. sedih sgt atas apa yg berlaku.. kadang sebab mcm ni lah susah nak bg kawan pinjam apa2 ni.. 😁

@xk.mxl._: lepasni member nk pinjam kereta cakap “kalau berani tanggung, bawak la”

@FadhLi: tenang berkata2..dalam hati remuk hancur berkecai rasanya..

@Petai Jering: aku kalau mmber nk pinjam kreta mmg ak xbg…lantak laa nk ptus kawan ke ape… cuma skrg ak msih blm ade kreta lg laa…

@Ddafizam: lepas ni klau kwn nak pinjam kereta..kene tgk saving dia dlu cukup utk cover harga kereta kene transfer dlu lepas pulangkan keta kita transfer balik

@wan iwan: Semoga dipermudahkan segale urusan ye bang…benda yg dh lepas tu dh lh ye…benda dh nk jadi.maafkn member yg bawak kereta abg tu…

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Suami Mati Baru La Berkabung..” – Puteri Sarah Jawab Isu Tak Hormati Edah
Next articleKucing Peliharaan Dimakan Ular. Meraung Kesedihan Buat Ramai Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here