Home Viral Baru Je Zizi Kirana Selamat Bernikah, Bergelar Isteri Yusuf Bahrin, Ini Pula...

Baru Je Zizi Kirana Selamat Bernikah, Bergelar Isteri Yusuf Bahrin, Ini Pula Terjadi Selepas Itu.

321
0

Seperti sedia maklum, Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin sah bergelar suami isteri. Rata rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan buat pasangan. Dsini, min mendoakan agar Zizi dan Yusuf agar sentiasa diberkati, dirahmati oleh Yang Maha Esa dan berjaya dunia dan akhirat.

Menerusi BH, Zizi ditemu ramah dan membuat kenyataan yang beliau tidak ingin bercinta terlalu lama.

Meskipun ramai masih terkejut dengan tindakan Zizi dan Yusuf yang dilihat cuba menyembunyikan perkahwinan, namun pasangan itu mempunyai alasan berbuat sedemikian.

Menerusi satu klip dalam halaman Youtube:

Lihat juga apa kata orang ramai:

“Bertuah badan Yusuf Bahrin menjadikan Zizi Kirana sebagai isteri ini kerana zizi kirana mengaji dan berkhasidah alqura memang sedap suara nya didengar..moga dpt memdidik anak2 Yusuf Bahrin kelak dgn baik dr segi agama..TAHNIAH ZIZI KIRANA & YUSUF BAHRIN moga kekal keJannah..amin..”

“Masya Allah….tak sangka berjodoh. Dua ² sy minat. Sorang hensem sorang cantik. Nmpk Zizi kuat menyakat. Bole ceriakn suami. Smg perkahwinan di berkati sampai ke jannah. Aamiin..”

“Syukur Alhamdulillah tahniah selamat pengantin baru Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin.. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah..Di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah..Aamiin ya rabbal ‘alamiin..”

Lagi, penjelesan daripada Yusuf:

“Kami minta maaf tidak berkongsi berita gembira ini lebih awal. Jujurnya, segala-galanya berlaku cukup pantas dan tarikh nikah diperoleh pada Jumaat lalu, sekitar jam 4.30 petang.

“Bayangkan, kami perlu membuat pelbagai persiapan dalam tempoh dua hari. Walaupun tempoh singkat, kami bersyukur semuanya berjalan lancar.

“Kami juga berkenalan dalam tempoh singkat selama dua bulan, tetapi menemui keserasian, jadi tidak perlu bercinta lama-lama.

“Lagipun, saya dan Zizi enggan membuang masa dan mahu mengelak perkara bukan-bukan apabila terlalu lama bercinta,” kata Yusuf.

“Apabila menyuarakan hasrat melamar Zizi, emak merestui keputusan saya tanpa banyak soal walaupun tidak pernah bertemu Zizi.

“Selepas itu barulah mereka berjumpa, itupun secara virtual. Apabila orang tua bersetuju, ini petanda baik dan harus disegerakan walaupun bercadang menamatkan zaman bujang pada usia 35 tahun,” cerita pelakon yang mula meledak menerusi drama rantaian, Sweet Dreams ini.

Mengulas perwatakan Zizi yang membuatkan hati tertawan, sekali gus mahu memperisterikannya, aktor tinggi lampai itu mengakui, sikap bersahaja Zizi berjaya memikat hati.

“Zizi memiliki perwatakan selamba. Ada kala saya pelik apabila Zizi tiba-tiba berubah menjadi lembut, sedangkan sikapnya tidak begitu apabila bersama teman lain.

“Selain tertarik dengan perwatakannya, Zizi juga seorang menghormati orang tua. Paling saya suka adalah suaranya ketika mengalunkan selawat. Sangat menyentuh hati,” ujarnya.

Mengenai perancangan cahaya mata, pasangan ini bersikap terbuka dan menyerahkan kepada rezeki.

“Kami tidak merancang. Orang kata, kalau sangkut, sangkutlah,” ujar Yusuf.

Bagi meraikan anggota keluarga dan sahabat handai, pasangan itu merancang mengadakan dua majlis resepsi secara berasingan.

“Insya-Allah, majlis resepsi akan diadakan di keluarga sebelah Zizi di Sabah pada Disember depan, disusuli majlis rumah keluarga saya di Melaka. Jemputan akan menyusul kemudian,” kata Yusuf.

Mengulas jurang usia antara mereka, Zizi tidak menganggap perkara itu sebagai satu halangan besar.

Bagi penyanyi kelahiran Semporna, Sabah itu, walaupun Yusuf lebih muda tujuh tahun, namun keperibadian dimilikinya lebih matang daripada usia sebenar.

“Walaupun lebih muda daripada saya, perwatakan Yusuf jauh lebih matang. Apabila bersamanya, saya tidak rasa seperti lebih tua.

“Lagipun, saya suka cara percakapan Yusuf yang lemah lembut. Namun, jika mula membebel, nampak seperti ciri-ciri seorang bapa. Mungkin sebab cita rasa saya lebih kepada lelaki muda, jadi perkara ini bukanlah satu masalah,” ujarnya sambil tertawa.

Zizi dan Yusuf berkenalan ketika menjalani sesi rakaman program All Together Now Malaysia, dua bulan lalu.

Kemesraan pasangan berkenaan mencuri perhatian ketika tampil dalam IG Live, baru-baru ini apabila Yusuf secara berseloroh memanggil Zizi dengan gelaran sayang hingga tular dalam aplikasi TikTok.

Begitu juga Zizi meninggalkan komen bertulis Habibi bermaksud ‘kesayanganku’ dalam bahasa Arab, selain menulis CHK dipercayai bermaksud ‘cinta hatiku’.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: BH

Previous article“Saya Suka Anak Ikan..” – Zizi Kirana Ada Respon Mengenai Fktor Kahwin Dgn Lelaki Yg Lebih Muda, Rs Kekok Janggal…
Next article“Maafkan Cik B, Kacak..” – Iqbal Tnjuk Bukti Mesej Sebgai Tanda Cinta Tdak Brtepuk Sebelah Tangan.
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here