Home Kehidupan Bapa Meninggal Dunia Di Sisi Keluarga, Kieda Crepe Tumpah Air Mata Kongsi...

Bapa Meninggal Dunia Di Sisi Keluarga, Kieda Crepe Tumpah Air Mata Kongsi Khabar Duka

253
0

BAPA kepada pengusaha makanan terkenal Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe meninggal dunia kira-kira pukul 8:30 malam Selasa.

Menurut Kieda, Allahyarham bapanya meninggal dunia di sisi Ahli Keluarga yang mana detik pemergiannya itu dianggap sebagai ujian besar dalam hidupnya.

“Dalam banyak-banyak ujian Kieda dapat bulan tujuh (julai) ni, ujian ni paling berat. Kieda boleh kuat dalam segala hal tapi bukan kehilangan orang tua Kieda…” – Kieda Crepe

“Kieda minta doa agar orang tua Kieda semoga dipermudah segala urusan, ditempatkan dengan orang yang beriman. Alhamdulillah dia (bapa) tak sakit lama. Redha tu memang kena redha, tapi antara redha dengan sayang tu, dia macam berbahagi sebab saya baru nak senang, nak bagi abah senang…” – Katanya

Selain video pengumuman berita duka yang dibuat menerusi laman Tiktok, Kieda turut berkongsi foto ketika mengucup kaki Allahyarham bapanya menerusi Instagram.

“Allah sayang abah lebih daripada kami sayang dia. Abah tarik nafas waktu kami ajar mengucap. Abah pergi depan isteri dan anak menantu. Allahuakhbar, lelaki pertama yang cinta dan sayangkan aku tinggalkan aku…” – Katanya lagi

Hantara di media sosial itu turut dihujani dengan komen netizen yang menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan agar Kieda sekeluarga tabah dalam menghadapi ujian itu.

Lihat klip video di bawah:

@kiedacrepe♬ Syi’ir Tawasul Al-Rifa’ie – Al-Rifa’ie Satu

Sumber: Tiktok, Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’5′]

Previous articleSuara Retro, Anak Saudara Arwah A. Ramlie Nyanyi Lagu ‘Sudah Diinai-Inaikan’
Next articleBuntat Dah Besar, Kini Bantu Ayah Jual Roti Canai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here