Home Hiburan Suara Retro, Anak Saudara Arwah A. Ramlie Nyanyi Lagu ‘Sudah Diinai-Inaikan’

Suara Retro, Anak Saudara Arwah A. Ramlie Nyanyi Lagu ‘Sudah Diinai-Inaikan’

634
0

Ramlie bin Ahmad atau lebih dikenali umum sebagai A. Ramlie merupakan seorang penyanyi Melayu era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia. Banyak lagu-lagu karya arwah yang masih menjadi ingatan pendengar. Antaranya, Kenangan Mengusik Jiwa, Sudah Diinai-Inaikan dan banyak lagu.

Arwah A Ramlie meninggal pada tahun 2001. Walaupun sudah 22 tahun berlalu, namun nama beliau masih menjadi ingatan peminat.

Menerusi halaman tiktok, tular video kongsian @amylokos9107 di mana A Rozainie menyanyikan lagu berjudul Sudah Diinai-Inaikan. Bagai telan kaset, suaranya itu mirip sekali dengan penyanyi asal lagu tersebut. Ramai yang terhibur dan sebak mendengar nyanyiannya kerana terimbau kenangan 20 tahun lalu.

Ramai yang memuji keunikan suaranya dan memberi galakan kepadanya untuk terus bergiat aktif dalam bidang nyanyian.

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Sedap betul suara dia, memang sebijik dengan arwah A Ramlie kann.. Ni kala masuk mana-mana pertandingan mesti boleh pergi jauh sebab dia ada suara yang unik

Previous articleAyda Jebat Umum Hamil Anak Kedua, Kandungan Cecah 5 Bulan
Next articleBapa Meninggal Dunia Di Sisi Keluarga, Kieda Crepe Tumpah Air Mata Kongsi Khabar Duka

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here