Home Viral “Apa-Apa Yang Saya Buat Sekarang Ni Semuanya Salah, Saya Tak Tahu Kenapa…”...

“Apa-Apa Yang Saya Buat Sekarang Ni Semuanya Salah, Saya Tak Tahu Kenapa…” – Meerqeen

138
0

SELEPAS menerima kritikan mengenai fesyen dan penampilannya, pelakon Meerqeen memberikan ulasan tentang pemakaiannya semasa hadir di majlis pembukaan sebuah butik jenama antarabangsa di pusat beli-belah The Exchange TRX, Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Meerqeen, atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 23, yang bertindak sebagai duta jenama tersebut, menyatakan bahawa dia hanya memakai koleksi pakaian yang diberikan oleh pihak penganjur.

Lebih-lebih lagi, penampilannya tidak dimaksudkan untuk menarik perhatian orang ramai, tetapi semata-mata untuk memenuhi komitmen kerja yang diberikan.

“Saya kalau boleh tidak mahu beri komen berkenaan perkara ini. Saya hanya menggayakan pakaian yang diberikan pihak penganjur…” – Meerqeen

“Sebagai duta produk bagi jenama tersebut sudah tentu saya perlu memakai koleksi pakaian mereka. Saya sekadar menghormati pihak mereka yang telah menyediakan semua persalinan untuk
saya…” – Katanya

“Saya berpakaian seperti itu bukan untuk menarik perhatian sesiapa kerana selepas selesai tugas saya di acara tersebut saya terus pulang…” – Katanya lagi

Dalam pada itu, Meerqeen menyatakan rasa kecewa apabila setiap tindakannya sentiasa dikritik dan dianggap tidak betul di mata netizen.

Malah, Meerqeen sendiri tidak dapat memahami mengapa isu pakaian yang dipakainya semasa acara tersebut juga menarik perhatian ramai.

“Apa-apa yang saya buat sekarang ini semuanya salah. Saya tak tahu kenapa! Sekarang ini apa-apa yang saya buat ada sahaja yang tidak kena…” – Tambahnya

“Saya tidak tahu kenapa pakaian yang saya gayakan tempoh hari menjadi perbualan netizen juga…” – Tambahnya lagi

Dalam perkembangan lain, pelakon drama “Melur Untuk Firdaus” itu menzahirkan rasa bangga apabila diberi peluang untuk merasai pengalaman bertemu dengan duta-duta jenama terkemuka dari seluruh dunia.

Menurut Meerqeen, ini merupakan kali pertama baginya menghadiri pembukaan butik di Kuala Lumpur (KL), kerana sebelum ini pengalaman utamanya adalah menghadiri acara-acara di luar negara.

Lihat posting di bawah:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Meerqeen (@meerqeen)

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Saya Sebenarnya Sakit Kanser, Tunggu Mat* Je Wak…” – Sajat
Next article“Hotnya Adik Saya. Saya Bangga..” – Abang Mawar Rashid Dikecam Kerana Sokong Adik Berpakain Seksi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here