Home Viral “Saya Sebenarnya Sakit Kanser, Tunggu Mat* Je Wak…” – Sajat

“Saya Sebenarnya Sakit Kanser, Tunggu Mat* Je Wak…” – Sajat

187
0

Usahawan kosmetik, Nur Sajat, memaklumkan dalam satu rakaman langsung di TikTok bahawa dia sedang mengalami penyakit kanser.

Pendedahan oleh Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, yang sedang sakit dan menunggu ajal, juga menarik perhatian dan simpati daripada orang ramai.

“Saya sebenarnya sakit, sakit kanser…” – Sajat

“Kalau saya tak sempat untuk meminta maaf, saya minta maaf sekarang…” – Katanya

Sajat menyatakan bahawa peminatnya tidak perlu berasa sedih dengan dugaan yang menimpa dirinya.

“Korang tak perlu rasa sedih, kerana saya masih boleh berhibur walaupun menghidap kanser. Bagi saya itu cukup membuat diri saya rasa seronok…” – Katanya lagi

“Tapi, kalau tiba-tiba saya senyap maksudnya saya dah tiada lagi,” katanya sambil menangis di siaran langsung terbabit…” – Tambahnya

Untuk makluman, Nur Sajat kini tinggal di Australia dan boleh dikatakan kebanyakan penduduk Malaysia masih mengikuti perkembangan kehidupannya melalui media sosial kerana tingkah laku beliau yang memikat hati ramai.

Lihat Klip video di bawah:

@hmetromy Usahawan kosmetik, Nur Sajat mengumumkan dalam satu siaran langsung di TikTok bahawa dirinya menghidapi sakit kanser. #beritatiktok #sajat ♬ original sound – Harian Metro

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Previous article“Pergi Berambus Dalam Hidup Aku Kurang Ajar, Ayah Saya Dah Takda…” – Zarina Zainuddin
Next article“Apa-Apa Yang Saya Buat Sekarang Ni Semuanya Salah, Saya Tak Tahu Kenapa…” – Meerqeen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here