Home Kisah rakyat Anak Letak Minyak Cap Kapak Dalam Akuarium, Habis Ikan Kelisa Harga Beribu...

Anak Letak Minyak Cap Kapak Dalam Akuarium, Habis Ikan Kelisa Harga Beribu Mat1

152
0

Menerusi halaman tiktok, tular satu video kongsian Naim Pest Control di mana dia bercerita tentang pengalamannya menyembur racun haiwan perosak di rumah pelanggannya. Di rumah tersebut, ada akuarium ikan kelisa. Semua tahu harga ikan kelisa agak mahal, malah boleh mencecah puluhan ribu ringgit.

Jadi tuan rumah itu menyuruhnya untuk berhati-hati semasa menyembur racun kerana takut ia termasuk ke dalam kolam ikan.

Sebulan selepas itu, dia datang lagi ke rumah tersebut. Namun, kesemua ikan telahpun mati. Dia agak risau kerana takut ikan itu mati berpunca darinya.

Namun, punca sebenar buat ramai berdekah. Rupa-rupanya ikan itu mati kerana anaknya telah memasukkan minyak cap kapak kedalamnya.

Apabila ditanya, anaknya menjawab, “nampak ikan tu macam pening, sebab tu masukkan minyak cap kapak..”

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Jom Tengok Apa Kata Netizen

@Fykaa Ibrahim: Dia punya berhati hati dgn pest control sekali anak lagi pedajal letak minyak cap kapak

@Nostramadus_9: Minyak cap kapak bukan sahaja boleh hilangkan sakit kepala .. dia juga boleh pindahkan nyawa ikan ke alam sebelah

@Dafey: Noh, minyak cap kapak.

@mr.agg: bro bukan ikan kelisa je mahal, perodua kelisa pon mahal gak….

@JEFF: bang harga pest control ni mcm mana kira . pintu rmh saya semua reput kena mkn anai2 . rumah jenis teres 2 tingkat

@ajim.ak_: warna apa bang ikan tu kalau warna merah jngn main ii 4-5 inci 1200

@Mark Sukerbeg: patutnya tanya sekali, anak dia okay tak? jarang buat hal takde hadiah

@Bos: kena profesional bro…. orang sayang binatang kesayangan tak kira kucing ke, ikan ke…

@MatDaniel99: HAHAHAHAHAHAHA sebab tu orang cakap jangan sayang sngat nanti kecewa

Berdekah min. Adoi dik, macam mana lah boleh isi minyak cap kapak dalam tu. Habis ikan harga beribu mati.

Sumber Titkok dan Instagram

Previous article“Melawan Hukum Berjoging”-Telatah Lelaki Kejar Anjing, Lihat Apa Yang Terjadi
Next article“Gatal Sangat Nak Main Corner Haa Mendapat La Jual Motor Tu Belum Tentu Dpt Byr Semua”-Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here